Sufian lebih tenang berkarya setelah bebas dari belenggu jiwa, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

Sufian lebih tenang berkarya setelah bebas dari belenggu jiwa

Jul 01, 2018 | 05:30 AM

Nama dua bintang muda daripada label rakaman Aries Music - Sufian Suhaimi dan Aiman Tino - bermain di bibir ramai dengan satu demi satu lagu 'hit' dihasilkan. Mereka tergolong dalam kumpulan 'budak baru nak up' yang menguasai pasaran muzik masa kini. Sungguhpun begitu, di awal kerjaya mereka, kededuanya sudah pun berdepan dengan kritikan daripada masyarakat siber yang tidak putus-putus mengutuk suara, penampilan atau kisah peribadi mereka. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan di sebalik kisah perjalanan seni mereka.

KALAU tidak kerana ujian alam percintaan yang memutuskan pertunangannya awal tahun ini, pastinya penyanyi dan penggubah lagu muda, Sufian Suhaimi, sudah pun bergelar suami kepada pelakon Elfira Loy kini.

Namun, dalam kemeriahan menyambut Lebaran tahun ini, pemuda berkelulusan Sarjana Sebaran Am daripada Universiti Tenologi Mara (UiTM) itu akur beliau kecewa tetapi sudah tidak lagi mahu dibelenggu dengan sejarah hitam percintaan semalam.

Melihatkan klip video lagu sedihnya, Di Matamu, ditonton di YouTube hampir 30 juta kali, timbul kepuasan dan kelegaan usahanya dalam bidang seni diterima baik mereka yang mengamati setiap bait lirik lagu itu.

Pelbagai artis sebaya ataupun lebih mapan daripada Sufian, 26 tahun, malah, menghasilkan versi sendiri lagu ini sehingga ia 'meledak' menjadi bak satu fenomena.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Sewaktu ditemui Gah! di Hotel Royal Plaza On Scotts baru-baru ini, pelantun lagu Terakhir dan Harus Aku itu, berkata:

"Sebenarnya, kebanyakan lagu saya ditulis tanpa pengaruh daripada diri sendiri. Biasanya, ia kisah orang lain dan berdasarkan pengamatan saya tentang pengalaman rakan-rakan.

"Di Matamu dihasilkan pada April 2017 sebelum ujian percintaan melanda hidup saya. Kebetulan, apabila ia dikeluarkan dan saya pula mengalami krisis tersebut, peristiwa itu menambah nilai Di Matamu.

"Sememangnya, saya tiada perancangan mengatur segalanya sebegitu. Saya anggap setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

"Langkah selanjutnya buat saya adalah keluar daripada belenggu permasalahan dan peka dengan cara saya berdepan dengan media, orang ramai dan peminat bagi memberi mereka jaminan, saya okey sebenarnya."

Sufian ke Singapura baru-baru ini atas undangan syarikat penganjur bazar berkonsep, RoseValley, bagi menjayakan salah satu acaranya.

Menyifatkan Ramadan lalu adalah yang paling tenang buatnya kerana tidak terlalu banyak komitmen seni untuk digalas dan ada masa berkarya, Sufian terharu dengan sokongan keluarga, teman artis dan peminat yang menjadi sumber kekuatannya dalam masa sukar.

"Saya kira krisis atau konflik hubungan baik bagi pasangan yang bercinta, bertunang atau sudah melalui fasa rumah tangga adalah sesuatu lumrah dan adat kehidupan.

"Di Matamu diterima baik pendengar di Malaysia, Singapura dan Brunei kerana kekuatan melodi, lirik dan 'mood'-nya.

"Dalam masa dua bulan dimuatnaikkan, klip videonya sudah ditonton 24 juta orang. Lagu-lagu saya sebelum ini tidak ditonton selaju ini!

"Versi tidak rasminya sahaja disaksikan lapan juta kali dalam masa tiga minggu. Ia pencapaian yang menakjubkan tetapi membuat saya gementar dan begitu berhati-hati.

"Nak kata lagu ini adalah yang terbaik, ia mungkin yang paling teruk dari segi kesan pada pendengar! Maklum balas yang saya terima, ramai menangis mendengar lagu ini," dedahnya.

Ditanya siapakah yang memberi 'cover' terbaik Di Matamu, beliau cepat menjawab pilihannya adalah guru vokal dan juara Duo Star, Ernie Zakri.

"Sebenarnya, saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan artis yang sudi 'cover' lagu saya. Ia juga sebahagian daripada promosi.

"Bagi saya, Ernie beri sisi lagu Di Matamu yang berbeza dari segi vokal dan teknik penyampaian. Ada sentuhan peribadi yang membuatkan orang tahu, inilah versi Ernie Zakri," jelasnya.

Di sebalik setiap kesulitan yang timbul, Sufian banyak pelajari daripada ujian tersebut yang menarik perhatian media mahupun masyarakat siber atau 'netizen'.

"Sepanjang tempoh ujian itu, saya menyedari bahawa komunikasi itu amat mustahak. Setiap hubungan pasti ada masalah dan isu tersendiri untuk dihurai.

"Kalau kita tidak berkomunikasi secara berkesan dan baik, apa jua krisis takkan selesai dengan baik. Kesudahannya kelak lebih memilukan.

"Saya juga belajar erti kesabaran dan pemahaman dalam mengharungi ujian sebegini," katanya.


"Sebenarnya, kebanyakan lagu saya ditulis tanpa pengaruh daripada diri sendiri. Biasanya, ia kisah orang lain dan berdasarkan pengamatan saya tentang pengalaman rakan-rakan. Di Matamu dihasilkan pada April 2017 sebelum ujian percintaan melanda hidup saya. Kebetulan, apabila ia dikeluarkan dan saya pula mengalami krisis tersebut, peristiwa itu menambah nilai Di Matamu."
- Sufian Suhaimi.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map