PENYANYI muda Singapura, Sufie Rashid dan Haikal, yang sedang berusaha membina kerjaya muzik di seberang Tambak, berjaya membawa pulang piala di Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 kelmarin.
Juara rancangan realiti nyanyian Akademi Fantasia 2015, Sufie, 25 tahun, yang kini di bawah pengurusan Astro, pula memenangi dua kategori iaitu Artis Paling Popular Singapura dan Lagu Paling Popular Singapura bagi Kisah Dua Muka.