LIRIK puitis lagu malar segar Dayangku Intan, Berpaut Di Dahan Cinta, tentang wanita yang masih menaruh harapan pada cinta yang pudar langsung berpaut pada 'dahan cinta' yang rapuh cukup menyentuh jiwa.
Terkesima juga tatkala membaca bait lirik lagu popular Ratu Rok Ella, Permata Biru. Tersirat pesanan bahawa anak gadis yang diibaratkan seperti permata tidak wajar atau sewenang-wenangnya menggadaikan diri demi cinta.