Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Sumbangan cef muda di restoran bertaraf Michelin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sumbangan cef muda di restoran bertaraf Michelin

Sanggup korban masa belajar di restoran bertaraf tinggi
Oct 01, 2019 | 05:30 AM



BELIAU masih setahun jagung berkecimpung dalam dunia kulinari, namun Encik Zulfeqar Zulkifli dianggap langkah kanan dan berjaya menjadi sebahagian sesuatu yang amat istimewa.



Bukan calang-calang, bakat muda berusia 22 tahun itu merupakan antara sekumpulan cef yang menjayakan restoran Les Amis, yang baru-baru ini dinobatkan tiga bintang Michelin.



"Terus terang, saya rasa sangat terharu dan bersyukur dapat menjadi sebahagian restoran ini dan bekerjasama dengan cef-cef hebat," ujarnya yang hanya berkhidmat di restoran Perancis itu sejak Mac lalu.



Restoran Les Amis, yang membuka pintunya pada 1994, telah mengukir sejarah apabila ia dianugerahkan tiga bintang di majlis anugerah edisi keempat Pengumuman Bintang Panduan Michelin pada 17 September lalu.



Ia merupakan restoran 'fine-dining' bebas pertama Singapura dan satu-satunya restoran di sini yang menyajikan masakan Perancis 'haute' asli untuk menerima penganugerahan tersebut.



Encik Zulfeqar, lulusan Diploma dalam Pastri dan Membuat Roti di Pusat Latihan dan Pendidikan Persatuan Hotel Singapura (Shatec), sebelum ini pernah bertugas di Marina Bay Sands (MBS) selama sembilan bulan.



Beliau kemudian dicabar seorang rakan untuk merebut peluang bertugas di Les Amis.



"Pada awalnya, saya tak rasa saya layak kerja di restoran yang bertahap tinggi sebab masih belum cukup pengalaman. Tetapi, saya cuba nasib dan tidak sangka dapat (kerja)," kata demi chef de partie itu.



Encik Zulfeqar, yang juga satu-satunya cef Melayu yang bertugas di Les Amis, bertanggungjawab menyiapkan bahan makanan bagi pencuci mulut yang disajikan di restoran tersebut.



Antaranya, pencuci mulut istimewa restoran itu, tart coklat, yang nampak mudah namun Encik Zulfeqar mengambil masa hampir tiga minggu menyempurnakan teknik menghasilkan manisan ciptaan cef pastri Les Amis, Cef Cheryl Koh, itu.



Menurutnya, ia merupakan detik yang paling membanggakan setakat ini.



Antara cabaran lain yang beliau harus lalui termasuk mengatasi tekanan berada di dalam dapur sibuk bertaraf tinggi dan waktu kerja yang panjang.



Adakalanya, Encik Zulfeqar akan hanya pulang ke rumah pada 1 pagi selepas seharian bekerja sejak 10 pagi.



Meskipun itu, beliau menganggap pengorbanan tersebut berbaloi.



"Bekerja di Les Amis adalah satu pengalaman luar biasa dan ini adalah proses pembelajaran bagi saya terus mengasah kemahiran saya," katanya lagi.



Selain itu, Encik Zulfeqar akan mencuri masa mengulang kaji teknik masakan yang dipelajari di restoran dan juga menghadiri kelas bahasa Perancis seminggu sekali di Alliance Française de Singapour.



"Makanan mengungkapkan budaya dan jika saya dapat memahami budaya dan bahasa Perancis, saya percaya ia lebih senang berhubung tentang makanan dan bantu saya melangkah lebih jauh," kata beliau yang menaruh azam mahu bertugas di restoran di Perancis suatu hari nanti.



Encik Zulfeqar, yang melihat pengarah kulinari dan operasi Les Amis, Cef Sebastian Lepinoy dan Cef Koh, sebagai inspirasinya dalam bidang ini, juga berharap Les Amis dapat mengekalkan reputasi baiknya di Singapura.



Ditanya wartawan apa yang mendorong beliau menceburi bidang ini, anak ketiga dalam empat beradik itu, yang telah memupuk minat dalam dunia kulinari sejak usia 15 tahun, menambah:



"Makanan menghubungkan orang ramai. Daripada perayaan seperti Hari Raya ke sambutan hari jadi, makananlah yang menyatukan keluarga."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >