Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

SUV mewah penuh tenaga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

SUV mewah penuh tenaga

Mar 24, 2014 | 07:17 PM



DARI jauh lagi, kereta Volkswagen Touareg R-Line memberi gambaran kemegahan dan kemewahan. Lihat dari dekat, di depan dan di belakang, Volkswagen Touareg berdiri tegap gagah namun penuh dengan ciri-ciri jitu tetapi halus setanding dengan Audi A7 dan Porsche Cayenne. Apa tidaknya Touareg R-Line merupakan SUV peringkat paling atas yang dihasilkan Volkswagen, malah Audi dan Porshe juga merupakan anggota keluarga kumpulan Volkswagen.


Letakkan punggung di tempat duduk kenderaan ini dan ciri kemewahannya terus bersinar. Kerusi dibalut kulit Nappa yang lembut lagi empuk, apa yang anda lihat atau sentuh di bahagian dalam semua memberi gambaran kemewahan. 


Hidupkan enjin dan dengarkan bunyi enjinnya yang senyap lagi halus - tidak seperti bunyi kereta berkuasa tinggi yang lain. Berdasarkan bunyi enjin sahaja, anda tidak mungkin menyangka Touareg ini dikuasai enjin 3-liter Turbodisel V6.


Sebelum anda 'kirim salam' kepada enjin disel, ketahuilah, enjin disel sekarang tidak sama dengan enjin disel masa lalu. Asap hitam kotor, bunyi bising dan getaran yang sering dikaitkan dengan enjin-enjin disel boleh dipadamkan dari imej enjin disel terkini. Malah keupayaan, kelakonan Touareg R-Line 3.0 TDI hampir serupa dengan kereta enjin petrol yang setaanding. Ini buktinya. Touareg mampu pecut kepada 100 km sejam dalam masa 7.6 saat, lebih pantas dari model sama yang dikuasai enjin 3.6-liter petrol V6. Jika diizinkan pihak berkuasa jalan raya, kereta ini boleh mencapai kelajuaan 220 km/sejam. 


Melihat saiz kereta yang besar, penggunaan minyak agak memadai. Tangki minyaknya sebesar 100-liter boleh membawa kereta ini sejauh 1,300 km. Sistem gantung kereta pula dikawal dan boleh diubah mengikut keinginan keselesaan pemandu.

Ketinggian kereta juga boleh naik atau turun mengikut kemahuan pemandu.


Bagi anda yang biasa membawa kereta sedan yang kecil, pengalaman memandu Touareg, yang badannya jauh lebih besar, mungkin agak menakutkan. Tetapi usah gentar, Touareg dipenuhi pelbagai ciri canggih yang membantu mempermudah pengalaman memandu. Contohnya camera 360 darjah yang memberi pandangan sekitaran dan mempermudah gerakan di lorong-lorong sempit seperti tempat meletak kereta bertingkat HDB. Terdapat juga alat navigasi 3D dengan skrin berwarna 8-inci.


Pendek kata Touareg R-Line menjaminkan kemewahan, keupayaan dan keselamatan yang anda harapkan dari sebuah SUV mewah.


Harga: $328,800 dengan COE
Enjin: 2,967cc 24-valve turbodisel V6
Transmisi: Lapan kelajuan automatik dengan pilihan manual
Kuasa: 245bhp pada 3,800rpm
Tork: 550Nm pada 1,750rpm
0-100kmh sejam: 7.6 saat
Kelajuan: 220km/sejam
Penggunaan minyak: 7.2 liter/100km
Agen: Volkswagen Singapore




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >