Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Syafiq Kyle dapat watak idaman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Syafiq Kyle dapat watak idaman

Oct 03, 2019 | 02:24 PM



PELAKON terkenal Malaysia, Syafiq Kyle, menadah kesyukuran apabila menerima pelbagai tawaran lakonan selepas dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 pada 22 September lalu.



Beliau, 27 tahun, mengakui namanya kian melonjak selepas memenangi anugerah tersebut.



“Alhamdulillah, ini semua rezeki. Melalui kemenangan ini, saya mahu terus berkarya dan menghiburkan penonton,” katanya apabila ditemui wartawan MyMetro.



Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak, dalam masa terdekat beliau akan melibatkan diri dalam penggambaran filem aksi dan sangat berterima kasih kepada pihak produksi yang sudi memberikan peluang itu kepadanya.



“Setakat ini saya masih menunggu tarikh penggambaran. Saya sangat teruja kerana sudah lama menantikan peluang beraksi dalam filem genre sebegini.



“Lebih menggembirakan apabila saya diberi peluang tampil sebagai hero,” katanya.



Selain itu, pelakon drama Bila Hati Berbicara itu turut dirisik sebuah produksi untuk membintangi sebuah telefilem.



“Tawaran itu masih dalam perbincangan. Alhamdulillah, satu demi satu rezeki datang dan ia tidak akan disia-siakan,” katanya.



Naib Juara Hero Remaja 2011/2012 itu turut mengakui banyak tawaran diterimanya dan beliau sedang dalam proses meneliti skrip. -Berita MyMetro.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >