Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Syamsul rasa hairan... menyanyi pun kena kutuk

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Syamsul rasa hairan... menyanyi pun kena kutuk

Dec 10, 2016 | 05:30 AM



PENGARAH filem Syamsul Yusof sedar masih ada pihak yang tidak senang dan mempertikaikan tujuan penglibatannya dalam industri muzik tanah air sebagai penyanyi.



Syamsul, 32 tahun, berkata beliau sudah membuktikan karya nyanyiannya bukan sekadar syok sendiri, malah mendapat tempat untuk bertanding di anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31).



"Saya tahu ada ramai yang tidak suka lagu Kalah Dalam Menang ini. Sebenarnya dah lama saya buat tapi saya terlalu fikir apa orang cakap membuatkan ia tertangguh.



"Saya bukan berada dalam industri muzik ini untuk syok sendiri, sebab itu saya cuba dulu kalau orang terima baru saya teruskan," ujarnya kepada mStar Online.



Pelakon filem Desolasi itu meluahkan perasaannya di laman Twitter tentang segelintir pihak yang masih tidak senang dengan kerjayanya dalam dunia seni.



Lagu Kalah Dalam Menang yang dinyanyikan bersama Mawi, layak bertanding di AJL31 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Januari depan.



Tambah pengarah filem Munafik itu, beliau tidak pernah mengambil peduli dan menjadikan kritikan itu sebagai pembakar semangat.



"Saya sebenarnya sudah lali dengan perkara ini, iaitu ada pihak tidak suka dengan apa yang saya lakukan.



"Bagaimanapun, saya malas nak ambil serius tentang perkara itu kerana perkara itu juga sebenarnya membakar semangat saya.



"Saya berlakon dalam filem adik saya pun ada orang marah, inikan pula saya menyanyi. Sudahlah begitu, saya dikutuk... tag nama saya pula di laman sosial itu.



"Saya anggap mereka yang kutuk-kutuk saya di laman sosial itu ada masalah dengan hidup mereka," ujarnya.



Selain itu, Syamsul berkata, beliau sedang dalam perancangan mengeluarkan single terbaru tahun depan.



"Alhamdulillah, saya dalam perancangan untuk buat single solo tahun depan tapi belum tahu lagi identiti macam mana yang nak saya bawa.



"Ia macam filem juga, saya perlu cari kelainan yang tiada orang bawa," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >