Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Syukur lahir anak secara normal dalam tempoh 40 minit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Syukur lahir anak secara normal dalam tempoh 40 minit

Jun 02, 2019 | 05:30 AM



WALAUPUN menanggung sakit yang amat untuk melahirkan anak keduanya, pelakon Nadiah M.Din tetap menganggapnya satu nikmat yang amat beliau syukuri.



Ini kerana beliau berjaya melahirkan anak kali ini secara normal dalam tempoh 40 minit selepas kontraksi menjadi kuat.



Ketika melahirkan anak pertama, Nahyan Bilal Jeanpierre, dua tahun lalu, beliau terpaksa melalui pembedahan atau C-Section selepas bertarung sakit selama 34 jam, kerana kedudukan bayinya dalam keadaan songsang.



Bayi kedua, perempuan, diberi nama Inaaya Bilal Jeanpierre, dilahirkan pada tengah malam 18 Mei pada berat 3.6 kilogram dan 51 sentimeter panjang.



"Alhamdulillah, kehamilan kali ini lebih senang, pada minggu 28, kepala bayi sudah ke bawah, dan bukan bayi 'breech' seperti Nahyan," ujar Nadiah apabila ditanya tentang kehamilannya yang kedua ini.



Hamil dan melahirkan dalam bulan Ramadan, beliau berdepan dengan beberapa cabaran.



"Saya perlu bangun pagi untuk menyiapkan dan menyediakan makan minum buat Nahyan walaupun sudah sarat. Tetapi saya tidak merungut kerana ia tanggungjawab saya," kata Nadiah.



Beliau juga berterima kasih kepada suaminya, Encik Bilal Jeanpierre, ibunya, Cik Hamidah Jalil dan pembantunya, Cik Saipah yang memberikannya sokongan selama kehamilannya.



Beliau memilih untuk menyusukannya bayinya sepenuhnya.



Nama Inaaya, kata beliau, bermakna hadiah daripada Tuhan.



Gambar bayinya yang dikongsikan dalam Instagram telah menarik perhatian ramai pengikutnya yang rata-rata meninggalkan komen, memuji betapa comelnya Inaaya yang berkulit kemerah-merahan.



"Saya macam tak percaya pula dah ada dua orang anak.



"Raya kali ini pasti sangat berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya... sangat istimewa kerana saya dikurniakan dengan dua buah hati, Nahyan dan Inaaya.



"Ramai orang kata, kalau dah dapat anak sepasang - satu lelaki dan satu perempuan bermakna keluarga dah lengkap. Jika diberi rezeki, kami inginkan lebih daripada dua anak tetapi buat masa sekarang, saya dapat kumpul duit raya bukan sahaja untuk Nahyan tetapi untuk Inaaya juga!" beliau bercanda.



Nadiah berkata beliau tidak memikirkan soal pakaian baru kerana beliau akan berpantang.



"Lepas berpantang, bila dah sihat nanti, mungkin saya akan berjalan raya. Baju dah lama beli.. tak ada masalah," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >