TIDAK dapat dinafikan, filem cereka sains tiga dimensi (3-D) Gravity menang besar dalam aspek teknikal di majlis penyampaian anugerah gilang-gemilang, Anugerah Academy ke-86, semalam.
Sebanyak tujuh anugerah iaitu Pengarahan Terbaik, Suntingan Filem Terbaik , Skor Muzik Original Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik, Sinematografi Terbaik, Adunan Bunyi Terbaik dan Kesan Visual Terbaik diraih filem tersebut.