DAYA tahan seorang anak seni itu bergantung pada kesediaannya mempelajari kemahiran baru malah keluar daripada zon selesanya untuk meneroka.
Inilah prinsip peribadi Idola Singapura pertama, Taufik Batisah, yang kini selesa dapat menjadikan bidang lakonan sebagai kerja seni seiring jalan dengan kerjaya nyanyian yang mendarah daging dalam dirinya.