IMEJ 'budak baik' yang sering dipaparkan Idola Singapura Taufik Batisah akan dikikis menerusi penampilannya dalam drama popular Channel 5, Tanglin.
Sebabnya, penyanyi, penulis lirik dan pelakon itu akan tampil sebagai Khairul yang bijak, berkarisma dan bercita-cita tinggi, tetapi licik lagi tidak bertanggungjawab berkaitan perniagaan dan percintaan.