Teater 'Good Morning Jogja' akan kembali ke Singapura
Art Fazil bekerjasama dengan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) menerusi acara Kembara@Pustaka
May 29, 2019 | 05:30 AM
SEPANJANG kerjaya seninya lebih tiga dekad, Art Fazil telah mewarnai dunia hiburan menerusi pelbagai wadah.
Selain menyanyi, beliau juga menulis dan mencipta lagu, termasuk untuk artis lain, dan kini telah berjinak-jinak ke pentas teater dan melukis pula.