TIRAI pementasan Teater Kami bagi tahun ini dibuka dengan pementasan muzikal mini kanak-kanak, Ama-Lia, yang bertujuan menjadikan muzik sebagai sebahagian santapan perangsang minda dan imaginasi.
Muzikal hasil tulisan dan arahan penggiat teater dan anggota pengasas Teater Kami, Keatar HM, itu diadakan di Black Box, Pusat Seni Goodman, mulai hari ini hingga lusa.