SEMBANG SENI
Teater, TV perlu lahirkan pelakon popular, berilmu
Dua seniman tempatan rancang mulakan bengkel seni lakon, meliputi penulisan skrip
Apr 16, 2016 | 05:30 AM
WALAUPUN wadah untuk bergiat dalam bidang drama terutama di televisyen agak terhad di sini berbanding dengan negara jiran, Singapura sebenarnya mempunyai bakat yang besar bagi mewarnai persada seni lakonan.
Namun, apa yang diperlukan ialah memastikan bakat muda itu mempunyai ilmu seni lakonan agar mereka memahami watak yang dimainkan, sesuai dengan keadaan adegan.