Tekad tidak masuk jel lagi, pertingkat diri demi balas jasa
May 21, 2017 | 05:30 AM
DI politeknik, Encik Awie (bukan nama sebenar) lebih banyak menghabiskan masanya berpesta.
Hampir setiap malam, beliau, yang mengikuti kursus diploma teknologi luar pesisir marin, gemar berfoya-foya dengan rakan-rakan, termasuk meminum arak.