Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Telefilem Aidiladha buka jalan Faiz bina kerjaya lakonan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Telefilem Aidiladha buka jalan Faiz bina kerjaya lakonan

Aug 10, 2019 | 05:30 AM



JIWA muda bakat baru Faiz Zainal membara ingin mengikut jejak langkah dua nama besar Singapura, Datuk Aaron Aziz dan Hisyam Hamid yang membangun kerjaya dalam bidang lakonan.



Ternyata, peluang keemasan itu terbuka buat pemuda berusia 24 tahun itu apabila dirinya dilamar menjadi antara pelakon telefilem Hari Raya Haji, Di Puncak Rahmah.



Telefilem yang turut menggandingkan pelakon sasa Malaysia Norman Hakim bersama pelakon dan pengacara Rilla Melati itu akan disiarkan di saluran Mediacorp Suria pada 9.30 malam esok.



Turut menjayakan telefilem tentang berseminya cinta bekas suami isteri, Cikgu Adam dan Engku Eva selepas 20 tahun terpisah adalah Atikah Suhaime dan Lydia Asyqin.



Engku Eva meminta cerai daripada suami bagi kembali kepada kehidupan mewahnya di Kuala Lumpur. Dua dekad selepas itu, dia pulang ke Singapura dengan harapan anak-anaknya yang tinggal bersama Cikgu Adam dapat memaafkannya.



Faiz memainkan peranan sebagai Adnan, anak lelaki pasangan itu.



Ketika dihubungi, Faiz yang dicungkil bakatnya tahun lalu dalam rancangan pencarian bakat baru Elit Suria, berkata:



"Sejujurnya, saya gementar kerana digandingkan dengan pelakon handalan dalam industri perfileman Malaysia ataupun persada seni Singapura.



"Tambahan pula, inilah kali pertama saya berlakon dalam projek yang disifatkan istimewa.



"Watak Adnan ini adalah pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua. Dia fokus pada pelajarannya dan enggan mengecewakan bapanya.



"Namun, ada satu kejadian yang berlaku dan menguji kecekalan hati Adnan."



Menyesuaikan diri dalam set telefilem menjadi antara cabaran yang dihadapi lulusan Diploma Kejuruteraan Komputer daripada Politeknik Ngee Ann (NP) itu.



"Alhamdulillah, sedikit sebanyak pengalaman dalam Elit Suria membantu saya dalam mempertingkatkan keyakinan diri ketika berlakon.



"Tambahan pula, saya berbesar hati kerana Kak Rilla dan Abang Norman banyak memberi saya dorongan. Disebabkan mereka santai sahaja, mudah sedikit bagi saya mengurangkan darah gemuruh di set penggambaran," kongsinya.



Apakah intipati telefilem ini yang membuatkan Faiz tersentuh?



Katanya:



"Ia menekankan tentang betapa setiap manusia tidak lepas daripada kesilapan. Justeru, kita harus akui kesilapan kita di samping memperbaiki diri."



Dengan sambutan Hari Raya Haji bakal diraikan esok, Faiz juga tidak lupa tentang erti pengorbanan khususnya yang dilakukan ibu bapanya.



"Bagi saya, pengorbanan itu adalah ketika kita melakukan sesuatu buat seseorang tanpa mengharapkan sebarang balasan. Saya masih muda. Rasanya apa yang dikorbankan tidaklah sebesar ibu bapa saya. Lantaran itu, terima kasih buat ibu bapa yang telah banyak berkorban buat Faiz dan adik-beradik," tambahnya.



Selepas menyertai Elit Suria, beliau bersyukur peluang buatnya menjayakan bidang lakonan perlahan-lahan terbentang satu persatu.



"Kalau kita impikan sesuatu, jangan mudah berputus asa dan teruslah bersabar dan rela bekerja keras. Dapatkan juga restu ibu bapa," kongsinya yang bakal anda lihat dalam siri drama tentang golongan milenial, Baru Nak Up, tidak lama lagi.



"Sejujurnya, golongan milenial seperti saya ini mudah terpengaruh dengan dunia digital dan teknologi media sosial yang pesat berubah.



"Bagaimana membantu pun media sosial, di benak saya selalu terfikir bagaimana dengan terpakunya kita pada media sosial sahaja, hubungan kita dengan orang tersayang boleh terjejas.



"Kita mudah leka dengan masa atau mungkin tersilap menulis di media sosial," ujarnya yang yakin dengan rezeki sebagai pelakon bebas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >