Tempahan Ramadan naik 30%, firma susun langkah sesuai, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Gaya Hidup0

Tempahan Ramadan naik 30%, firma susun langkah sesuai

May 31, 2019 | 05:30 AM

MENJAGA kesejahteraan penghantar makanan beragama Islam dan memanfaatkan teknologi.

Itulah antara usaha syarikat penghantaran makanan bagi memenuhi permintaan makanan yang meningkat Ramadan ini.

Menurut syarikat penghantaran makanan, jumlah pesanan boleh meningkat hingga 30 peratus lebih tinggi sekitar waktu berbuka puasa.

Jurucakap foodpanda berkongsi bahawa pesanan makanan akan mula melonjak tiga jam sebelum waktu berbuka puasa.

Pengurus Besar Deliveroo Singapore, Encik Siddarth Shanker, pula berkata:

Discover Malay Home Based Businesses

" Dalam dua minggu sebelum ini, permintaan meningkat bagi makanan 'combo' keluarga dari restoran yang menyediakan khidmat pantas dan restoran halal. Piza dan ayam goreng antara makanan popular yang dipesan."

Demi memenuhi permintaan, lebih-lebih lagi menjelang waktu berbuka puasa, mereka memanfaatkan teknologi untuk menjangkakan trend pesanan. Ini dilakukan supaya jumlah penghantar makanan sesuai dengan permintaan, menurut foodpanda.

Syarikat itu berkata bahawa mereka menggunakan teknologi Hurrier, yang meramalkan trend pesanan berdasarkan algoritma penghantaran.

"Di samping itu, kami menggunakan data daripada Ramadan tahun-tahun lalu untuk membuat ramalan lebih tepat mengenai peningkatan yang dijangka.

"Dengan data itu, kami dapat merancang jumlah penghantar makanan yang diperlukan untuk memenuhi permintaan," katanya.

Perihal penghantar makanan beragama Islam, pihak syarikat berkongsi bahawa mereka ada mengambil langkah menjaga kesejahteraan mereka.

Antara yang dilakukan GrabFood adalah memberikan kurma kepada penghantar makanan.

Mereka pun menerima lima baucar, setiap daripadanya bernilai $3, yang boleh digunakan di mana-mana kedai serbaneka Cheers.

"Oleh sebab rakan penghantaran kami sentiasa berada dalam perjalanan menghantar makanan, kami berharap kurma membantu mereka apabila perlu berbuka puasa dan supaya baucar itu berguna bagi mereka membeli snek serta minuman sebelum meneruskan kerja," kata jurucakap Grab.

Bagi foodpanda, penghantar makanan boleh menikmati pelbagai tawaran dan diskaun sepanjang Ramadan di restoran tertentu rakan foodpanda.

Bagi Deliveroo, Encik Shanker berkongsi bahawa mereka menyediakan pek berbuka puasa yang boleh diambil di lokasi tertentu antara 6.30 petang dengan 7.30 malam.

Beliau menambah bahawa mereka pun memberi diskaun serta tawaran istimewa bagi penghantar makanan di beberapa restoran rakan kongsi.

Penghantar makanan penghantaran makanan Deliveroo, Encik Norizan Abu, 47 tahun, berkata beliau terharu syarikatnya mengambil berat terhadap kesejahteraan mereka.

Tentang pengalaman bekerja, beliau berkongsi bahawa antara cabaran tugasnya ialah cuaca, tidak kira panas terik atau hujan.

Namun, lelaki yang sudah bekerja dengan Deliveroo selama empat tahun itu berkata bahawa pengalamannya sejauh ini baik kerana pelanggan amat memahami.

Mengongsi pendapatnya ialah penghantar makanan foodpanda, Encik Abu Sufyandin Jalaludin, 39 tahun.

Katanya, ada pelanggan, tidak kira beragama Islam atau bukan, akan memberinya minuman apabila beliau menghantar makanan pada waktu berbuka puasa.

Beliau yang sudah bekerja dengan foodpanda lebih dua tahun itu menambah:

"Bekerja sewaktu Ramadan agak mencabar tetapi ini semua bergantung pada cara pemikiran saya dan persediaan berpuasa pada siang hari.

"Selalunya, pada waktu sahur, saya akan memastikan saya makan dengan cukup dan minum banyak air supaya dapat bekerja dengan cekap sepanjang hari."

* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Try the new Halal Food Map