Temukan kerja seni tentang kehilangan

Sebut sahaja kawasan Holland Village, yang terpahat dalam fikiran ramai ia merupakan kejiranan mewah yang dipenuhi 'yuppie' atau golongan kelas pertengahan yang kosmopolitan ('trendy' dan memiliki pekerjaan dengan pendapatan lumayan). Dengan menyelongkar kejiranan ini dan mengupas stereotaip yang terkait rapat dengannya, dua seniman Melayu menyedari terdapat tarikan unik Holland Village. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan di sebalik program jejak seni edisi ketujuh 'OH! Open House, OH! Holland Village'.

PENANTIAN itu menyeksakan. Yang ditunggu tidak kunjung tiba sehingga debu-debu silam berkumpul dan berlonggokan di meja makan dan menyaluti longgokan pinggan mangkuk, gelas dan cawan. Apa yang tinggal hanyalah memori yang terpahat dalam ingatan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto