Terap 'palitan' batik melalui tari
Jul 03, 2019 | 05:30 AM
KALAU batik sebelum ini dapat kita nikmati menerusi lukisan, dalam satu persembahan pada hujung minggu ini pula, batik akan ditafsirkan menerusi sebuah tarian.
Persembahan yang dinamakan Batik - Alon Alon Waton Klakon itu merupakan acara tahunan bagi projek tahunan kumpulan tari setempat, Era Dance Theatre Limited (EDT), Kacip Mas Dulang Permata (KMDP) yang kelapan tahun ini.