Kesan kemalangan ...langgar lari
Tercampak, tulang kaki kanan patah
Keluarga muda - pasangan suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35 tahun, Nova Safitri Azhari, 27 tahun, dan anak mereka, Nur Firuza Anissa, tujuh bulan - terkorban dalam satu kemalangan di Lebuhraya Duke di Kuala Lumpur baru-baru ini. Ia dikatakan berlaku semasa beberapa kereta Perodua Myvi berlumba di lebuhraya sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh kereta Pajero Sport yang dinaiki menyebabkan ia berpusing dan terbalik. Sebahagian berpendapat kejadian itu boleh dianggap satu kemalangan langgar lari. Kemalangan serupa itu bukan sahaja menjejas mangsa, malah keluarga. Berita Minggu melaporkan kesan kemalangan langgar lari di Singapura.
Jun 07, 2015 | 05:30 AM
Penunggang motosikal terpaksa jalani pembedahan, berehat 6 bulan di rumah
ENCIK Abdullah Ali, 27 tahun, sedang menunggang motosikal di lorong kiri jalan raya pada had kelajuan 50 kilometer sejam apabila tiba-tiba berasa angin di sebelah kanannya.