Terpateri kini jiwa seni

Ada yang ingin memburu ilmu seni lukis lebih tiga dekad lalu, tetapi kurang meraih sokongan dek tanggapan ibu bapa bahawa payah mencari rezeki sebagai seniman. Ada pula yang mampu mengejar cita-cita dalam bidang yang diminati kerana perubahan bentuk pemikiran ibu bapa. Mereka bersatu menggerakkan 'Pameran Kini' di Maya Gallery mulai hari ini. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.

KERJAYA jurubina yang diceburi sejak usia muda 20 tahun ditinggalkan Cik Midah Arshad hampir dua dekad lalu disebabkan panggilan berhijrah ke Hongkong.

Minat melukis lulusan Diploma Teknologi Seni Bina Politeknik Singapura itu pula timbul sehingga beliau terdorong mengikuti kursus ijazah sarjana muda sastera (Seni Halus) di Universiti RMIT, Pusat Seni Hongkong.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan