Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

KES PENDERAAN I

Terperangkap dalam lingkaran cinta, keganasan dan air mata

Dec 23, 2018 | 05:30 AM



JENN, seorang siswazah universiti, 37 tahun, meraih gaji lumayan sudahpun bercerai dan mempunyai seorang anak lelaki lapan tahun.



Apabila Pave bertemu dengannya, beliau sedang menjalin hubungan dengan teman sekerjanya, Nicholas, seorang jurutera, dan hubungan mereka telah berlanjutan selama setahun.



Pada mulanya semuanya kelihatan indah tetapi pada akhir bulan kedua mereka bersama, semuanya berubah apabila Nicholas mendapat tahu Jenn pernah menjalin hubungan buat sementara waktu dengan seorang lagi teman sekerja mereka, Hafiz.



Nicholas mula naik berang dan memberitahu Jenn beliau tidak dapat menerima Jenn telah menjalin hubungan dengan seorang lelaki bukan Cina.



Oleh kerana marah, Nicholas menyerang Jenn, dan mencekiknya.



Ini merupakan permulaan Nicholas mendesak, mengganggu dan menyeksa Jenn berkali-kali kerana ingin mengetahui tentang hubungannya dengan Hafiz.



Beliau mahu mengetahui semua butiran seperti di manakah antara tempat yang pernah Jenn kunjungi bersama Hafiz, apa yang mereka sering katakan antara satu sama lain, dan sejauh mana mereka rapat secara fizikal.



Tidak lama kemudian, Nicholas mula bertindak ganas terhadap Jenn dengan menumbuknya beberapa kali walaupun di khalayak ramai.



Pernah sekali, beliau menyeretnya di lantai di tempat awam meskipun Jenn meraung agar Nicholas menghentikan tindakannya.



Nicholas hanya berhenti apabila dua orang yang tidak dikenali tampil membantu.



Apabila mereka berdua di dalam kereta, Nicholas akan menyepak dan mencekik Jenn dan menggenggam tangannya erat untuk menghalangnya keluar dari kereta.



Ketagihannya terbawa-bawa ke pejabat.



Nicholas akan menyuruh Jenn mengikutnya ke tangga dan di sana memukul dan menyepaknya dan pernah sekali menolaknya kuat ke dinding.



Teman sekerjanya juga pernah mendengar Jenn terpekik apabila Nicholas memukulnya di dalam lif.



Namun selepas setiap episod keganasan, Nicholas akan memeluknya, meminta maaf berkali-kali dan merayu agar Jenn terus setia bersamanya.



Jenn selalu mempercayai kata-katanya dan tidak pernah mengundurkan diri daripada hubungan itu.



"Saya amat mencintainya," katanya.



Kededua Jenn dan Nicholas mengikuti sesi kaunseling di Pave.



Meski sedar bahawa tindakan penderaannya itu salah, tetapi Nicholas memberitahu kaunselor di Pave bahawa beliau tidak dapat menyekat dirinya.



Selepas beberapa sesi kaunseling, Jenn mula melihat sedikit perubahan dalam diri Nicholas.



Tetapi ianya hanya bersifat sementara sebelum Nicholas terus menyerang Jenn, kali ini sehingga menyebabkannya dimasukkan ke hospital kerana pipi dan bibir yang lebam.



Pada akhirnya, Jenn sedar bahawa tiada apa yang dapat merubah lelaki ini dan mahu memutuskan hubungannya dengan Nicholas.



"Saya sedar, ini bukanlah kehidupan yang saya inginkan," katanya.



Memberikan nasihat kepada mereka yang mungkin mengalami nasib serupa, Jenn berkata:



"Usah biarkan perasaan menguasai minda anda. Tiada siapa yang berhak memukul atau menumbuk orang lain."




TANDA-TANDA DIDERA



CEDERA SECARA FIZIKAL



- Tanda ini amat ketara memandangkan penderaan yang dialami mangsa bersifat fizikal. Ini seperti lebam, calar dan sebagainya.



KELAKUAN YANG BERBEZA



- Mangsa tidak mahu bercakap dengan orang lain sehingga ada kalanya boleh menyebabkan kemurungan



PENGASINGAN



- Lebih suka menyendiri dan enggan mendapatkan bantuan daripada sesiapa meskipun keluarga atau kawan-kawan terdekat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >