Teruskan niat dapat anak walau lewat dirikan rumah tangga
Nasihat pakar: Dapatkan rawatan kesuburan jika perlu, sementara yang sukar dapat anak selepas usia 35 tahun jalani pemeriksaan
May 27, 2016 | 05:30 AM
JIKA anda seorang isteri berusia 35 tahun ke atas dan belum berjaya hamil setelah mencuba sekurang-ku- rangnya enam bulan, anda digalakkan menemui doktor bagi mendapatkan nasihat dan menjalani pemeriksaan kesuburan.
Bagi pasangan lebih muda mereka boleh mencuba selama setahun sebelum menemui doktor jika masih tidak berjaya.