Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

'Tewas tapi Sunny Jackson tetap puas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

D'ACADEMY ASIA 3 (DAA3)

'Tewas tapi Sunny Jackson tetap puas

Nov 25, 2017 | 05:30 AM



SUNNY Jackson yang sering menghangatkan suasana rancangan gah televisyen Indonesia, D'Academy Asia 3 (DAA3) dengan persembahan yang rancak dan bertenaga, kelmarin malam mendapat pujian daripada pengulas dan juri.



Namun markah yang diperolehi secara keseluruhannya tidak cukup menyelamatkan beliau untuk meneruskan perjuangan.



Sunny atau nama sebenarnya Kamsani Jumahat, 27 tahun, membawakan lagu Aku, Dia dan Lagu ciptaan Kassim Masdor dan lirik Yusnor Ef pada persembahan terakhir itu, dilihat para pengulas sebagai "telah berusaha keras" dan "menunjukkan kesungguhan" bagi memperbaiki prestasinya.



Bahkan pengulas yang terdiri daripada penyanyi dangdut serantau, Rosalina Musa dari Singapura, Iyeth Bustami dan Nassar dari Indonesia serta Mas Idayu dari Malaysia rata-rata bersetuju Sunny sangat menghiburkan pada malam itu dan membuat mereka tersenyum.



Namun Sunny tetap gagal mara dari peringkat "Top 20' ke pusingan 'Top 15' gara-gara markah yang diperolehi pada pertandingan malam sebelumnya yang dinilai sebagai "mengecewakan."



Beliau, yang membawa lagu Penasaran pada Rabu malam, dikritik hebat oleh Nassar kerana melihat Sunny "tidak belajar daripada teguran lalu mengenai cengkok dangdut" kerana melebihkan elemen rok, bahkan merasakan "tidak ada yang bagus dalam persembahan Sunny" ketika membawa lagu itu.



Kerana terlalu kecewa, Nassar bahkan menyebut "kalau tak mahu belajar, lebih balik pulang saja ke Singapura."



Nassar sempat berbalah dengan Rosalina yang cuba mempertahankan betapa Sunny sebenarnya telah berusaha gigih, dan berani ke depan mewakili Singapura sedangkan peserta itu tidak yakin boleh membawakan lagu dangdut, apatah lagi di pentas besar seperti DAA3.



Sunny berjaya menebus kekecewaan juri dan pengulas menerusi lagu basanove Aku, Dia dan Lagu yang dipopularkan artis seperti Allahyarhamha Saloma dan kemudian Wann, tetapi markah yang diperolehi secara keseluruhannya setelah dicampur dengan persembahan sebelumnya, gagal menyelamatkan beliau daripada disingkir.



Nassar dilihat memberi pelukan erat kepada Sunny selepas keputusan juri diumumkan.



Sunny berkata, beliau tidak berkecil hati dengan teguran-teguran pedas para pengulas, bahkan menganggap telah memperolehi banyak ilmu berharga untuk dijadikan bekalan sebagai seorang penyanyi.



"Saya sebelum ini takut untuk menyertai rancangan ini kerana saya tak pandai menyanyi dangdut, bahkan tak pernah mencubanya sebelum ke Jakarta.



"Saya hargai semua teguran, tunjuk ajar daripada guru-guru di sini serta rakan-rakan yang memberi sokongan. Tak berkecil hati, sebaliknya berterimakasih dengan peluang ini," kata Sunny sebelum rancangan berakhir.



Sunny, naib juara rancangan Suria, SG Mania 2, sebelum ini telah beberapa kali menyertai pertandingan menyanyi di luar Singapura termasuk Akademi Fantasia 2013.



Di Sweden, beliau mendapat tempat ketiga dalam Kejuaraan Dunia Karaoke (KWC) dan pernah menyertai Kejuaraan Seni Pementasan Sedunia (WCOPA) di Hollywood sekitar Los Angeles, Amerika Syarikat.



Peserta Singapura lain, Eriy rizale, Ajul Anwar dan Nor Hakim telah tersingkir lebih awal.



Peserta Singapura yang berjaya mara ke peringkat Top 15 ialah Nurul Rahila Rashun dan Nada Fitri.



Mereka akan meneruskan perjuangan menyaingi peserta dari Indonesia, Malaysia, Timor Leste dan Thailand.



DAA3 disiarkan secara langsung di saluran Indosiar setiap hari, mulai 8.30 malam (waktu Singapura).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >