Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Tidak gugup atasi gagap

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tidak gugup atasi gagap

Jejaka lulusan Politeknik Temasek atasi gagap dengan terapi, kegiatan kepimpinan
May 25, 2019 | 05:30 AM



KEYAKINAN diri Encik Muhammad Solihan Mohd Salleh pernah tergugat dek kegagapan dulu.



Bukan sahaja beberapa teman mempersendanya, beliau lebih selesa mendiamkan diri daripada bergaul dengan orang sekeliling.



Rasa malu dan serba resah bagaikan menghantui dirinya, lebih-lebih lagi ketika perlu melalui ujian lisan atau membuat penyampaian depan pelajar lain. Kegagapan yang dihadapinya pun atas faktor baka.



Namun, setelah meraih nasihat guru ketika menduduki peperiksaan prelim Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O', beliau menyedari peri pentingnya mendapatkan bantuan pakar terapi pertuturan.



Beliau, kini 20 tahun, juga rajin melungsuri laman YouTube bagi menonton klip video berupa latihan pertuturan atau senaman rahang.



Ternyata, apabila tamat pengajian Diploma Sains Farmaseutikal Politeknik Temasek (TP) baru-baru ini, nikmat memperkasa diri tanpa hiraukan masalah pertuturan terasa.



Daripada pelajar pendiam yang memencilkan diri, beliau lebih senang bergaul dengan orang sekeliling termasuk yang tidak dikenali.



Beliau juga mengasah kemahiran memimpin apabila dipilih menjadi Naib Presiden Persatuan Pelajar Diploma Sains Farmaseutikal TP.



Sebagai pemimpin, beliau giat menaikkan nama kumpulannya menerusi rancangan bermakna, di samping memperbetul salah tanggapan terhadap kelab itu.



Dalam pertemuan di TP baru-baru ini, anak kedua dalam keluarga empat beradik itu berkata:



"Pertuturan saya terjejas teruk dalam keadaan gementar, panik atau tertekan. Kegagapan lebih ketara apabila berbual bahasa Melayu.



"Usulan guru agar mendapatkan pertolongan pakar terapi pertuturan ialah sesuatu yang membantu saya lebih tenang dan yakin berbual tanpa rasa ada yang akan mencungkil kesilapan saya yang payah dikawal.



"Malah, apabila membuat penyampaian pertama di TP, saya meminta maaf kepada rakan. Saya berusaha membuat mereka tahu inilah masalah saya sebenarnya. Alhamdulillah, rakan faham dan beri saya dorongan meneruskan penyampaian."



Sewaktu menggalas amanah sebagai naib presiden, beliau banyak terdedah kepada keperluan berkomunikasi dengan pelajar lain.



"Saya menyahut cabaran baru mengatasi rasa tidak yakin yang membelenggu diri, di samping meneroka bidang sains farmaseutikal yang baru tetapi menarik.



"Dalam menjalani program bekerja sambil belajar di West Pharmaceutical Services, saya membantu dengan urusan kajian dan pembangunan produk serta kawalan mutu.



"Harapan saya selepas tamat Perkhidmatan Negara (NS) nanti adalah bekerja dalam sektor farmaseutikal dan mengambil ijazah sambilan," katanya, yang bercita-cita mengikuti jurusan kejuruteraan kimia atau kejuruteraan proses.



Beliau pun berterima kasih kepada ibu bapanya, Encik Mohd Salleh Abdul Rahman, 48 tahun, dan Cik Sapiah Kamis, 45 tahun, kerana memberinya inspirasi meneruskan perjuangan dalam apa jua kesulitan.



"Pesan saya kepada belia lain dengan masalah pertuturan atau pembelajaran ialah usah takut mencuba sesuatu yang baru. Gagahkan diri dengan semangat jitu. Apa yang anda rasa mustahil sebenarnya mampu anda lakukan dengan jayanya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >