Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Tidak jenuh raih deretan diploma buat teladan untuk anak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tidak jenuh raih deretan diploma buat teladan untuk anak

May 21, 2019 | 05:30 AM



Sebagai ayah yang mempunyai semangat tidak mudah putus asa dan cintakan ilmu, mereka sanggup bersengkang mata demi memburu segulung diploma. Lebih menarik lagi dan secara kebetulan, dua ayah berikut ini menutup tirai pengajian dengan Diploma Spesialis dalam bidang masing-masing serentak dengan anak mereka yang tamat pengajian diploma. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan sekitar majlis tamat pengajian di Politeknik Temasek (TP), baru-baru ini.



ADA yang mungkin menganggap Encik Mohamad Malaysia Kassim merupakan seorang karyawan yang gigih mengumpul diploma dan pelbagai sijil kemahiran lain.



Sepanjang tempoh bertugas, pemilik ijazah perniagaan dengan kepujian daripada Universiti Bradford di United Kingdom (menerusi Institut Pembangunan Pengurusan Singapura) ini sudah pun menggenggam Diploma Kejuruteraan Elektrikal, segulung diploma penukaran bidang kerjaya dan empat diploma spesialis.



Tahun ini pula, beliau meraih Diploma Spesialis Dalam Pengurusan dan Daya Tahan Tenaga daripada Politeknik Temasek (TP), sebagai satu usaha memastikan kerjayanya kekal relevan.



Lebih istimewa lagi, Encik Mohamad Malaysia, 57 tahun, menamatkan pengajian di TP seiringan dengan anak keempatnya, Encik Kassim, 21 tahun, yang lulus dalam Diploma Risikan Perniagaan dan Analitik.



Sebelum ini, beliau pernah menerima diploma serentak dengan seorang lagi anaknya, Encik Mahathir, meskipun mereka berdua menuntut di politeknik berbeza.



Anak sulung Encik Mohamad Malaysia seorang guru manakala anak keduanya lulusan Diploma Kelautan Luar Pesisir.



Encik Mahathir, anak ketiga, bakal memulakan pengajian ijazah dalam sains bioperubatan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Ogos ini sementara yang bongsu berada di menengah empat.



Ketika ditemui di TP baru-baru ini, Encik Mohamad Malaysia, seorang eksekutif kemudahan yang berhenti sekolah pada usia 15 tahun kerana kesusahan keluarga sembilan beradiknya, berkata:



"Yang paling mustahak, saya ingin menjadi teladan terbaik buat anak-anak dan merapatkan jurang generasi antara mereka dengan saya.



"Sekurang-kurangnya, saya memiliki topik sembang yang setara dengan anak-anak. Kami boleh berbincang tentang pelajaran di politeknik kerana saya melaluinya dan tahu asam garamnya.



"Sebagai ayah yang sudah banyak makan garam, berpengalaman dan lebih matang, saya mampu memberi mereka nasihat yang wajar dan tetap menjadi sahabat mereka dalam menangani ranjau kehidupan."



Menurut Encik Mohamad Malaysia, beliau memahami keadaan anak-anaknya yang hanya menampakkan potensi sebenar mereka ketika mencecah usia lewat belasan tahun.



"Mereka seperti saya, yang mengambil masa membuktikan kebolehan dalam pelajaran atas sebab-sebab sekitaran atau tahap penghadaman minda.



"Anak-anak lelaki saya misalnya, hanya meraih markah agregat di bawah 200 mata bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). Namun, mereka lama-kelamaan tahu kepentingan memiliki ijazah demi masa depan. Saya bersyukur mereka diterima masuk ke NTU," jelasnya.



Ditanya apakah yang membuatnya tidak jenuh memburu ilmu, Encik Mohamad Malaysia berkata:



"Singapura menitikberatkan isu tenaga manusia. Kalau kita tiada kemahiran yang diperlukan, kita akan mendapati diri kita tidak lagi relevan dalam industri yang pesat berubah.



"Kesediaan mengubah cara kita berfikir di samping pelajari ilmu baru yang menjadi daya kekuatan anak muda amat perlu.



"Saya, bahkan rasa, dengan tabiat saya yang suka belajar, tubuh saya sekali gus menjadi lebih sihat dengan minda saya pula cergas, ditambah dengan semangat disiplin yang sentiasa diperkasa.



"Vitamin paling berkhasiat adalah Vitamin E atau 'Education' (pendidikan) buat saya."



Selain itu, beliau juga sudah melalui tempoh sukar mengulangi pengajian darjah enamnya, keciciran dan perlu bekerja sebagai buruh sambil mengikuti kelas malam sekali gus.



Kini, Encik Mohamad Malaysia berterima kasih kepada isterinya, Cik Hawa Bee Mohd Kassim, 56 tahun, seorang suri rumah, yang sentiasa memberi kata-kata dorongan di samping memastikan anak-anak mereka dibimbing penuh kasih sayang.



"Hawa sentiasa ada di rumah membuatkan anak-anak tidak teragak-agak pulang selepas sekolah kerana di situlah mereka diberi kasih sayang, nasihat membina dan dorongan. Makan pakai mereka sentiasa dijaga," ujarnya lagi yang sudah memikirkan kursus selanjutnya untuk diambil.



Encik Kassim pula begitu terkesan dengan kesungguhan bapanya menimba ilmu seraya berkata:



"Ayah selalu beritahu kami agar usah berhenti memburu ilmu walau usia kian meningkat. Tiada tarikh luput bagi seseorang melanjutkan pengajian dan memperkasa kemahiran.



"Beliau bahkan boleh diajak berbincang tentang pengajian di politeknik dan memberi saya gambaran tentang bidang kerja futuristik yang boleh diceburi kelak."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >