Tidak lagi rasa gentar jadi anak Melayu dan S'pura
Tahun ini Gentarasa 2015 - Nak Ke Mana - memperkenalkan barisan pelakon baru, muda, bertenaga dengan kebanyakan tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang teater. Bagaimanakah persiapan mereka dan apakah yang dipelajari tentang diri mereka dan Singapura memandangkan tema tahun ini berkaitan dengan SG50? SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) meninjau.
May 29, 2015 | 06:39 AM
APABILA beliau tidak meraih markah yang begitu cemerlang dalam Peperiksaan GCE peringkat 'O', Cik Suharti Suhaimi pernah mempunyai keinginan meninggalkan Singapura.
Rasa malu kerana tidak layak melangkah ke kursus idamannya di politeknik membuat Cik Suharti mahu lari dan belajar di luar negeri.