Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Tiga artis M'sia tunai haji tahun ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tiga artis M'sia tunai haji tahun ini

Aug 07, 2019 | 08:44 AM



ARTIS terkenal dari Malaysia, Erra Fazira, Wany Hasrita dan Neelofa akan menunaikan ibadah haji tahun ini.



Menerusi laman Instagram pembantu peribadinya, Erra berusia 45 tahun itu ditemani beberapa ahli keluarga dan sahabat handai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke tanah suci kelmarin.



Turut kelihatan anak kesayangan, Engku Aleesya yang akan merindui ibunya sepanjang tempoh mengerjakan rukun Islam kelima itu.



Sementara itu, penyanyi, Wany Hasrita, mengakui perasaannya bercampur baur apabila terpilih untuk menunaikan ibadat haji, tahun ini.



Gementar dan pada masa sama teruja, Wany bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah, bersama seorang lagi teman artis, Amira Othman.



Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, memandangkan tawaran hadir pada saat terakhir, segala persiapan perlu dilakukan dengan kadar segera.



“Rasa macam bermimpi pun ada kerana Wany tidak pernah terfikir untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Apapun, Wany bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepada Wany menjadi tetamu-Nya, walaupun tawaran datang pada saat akhir. “Pemergian kami berdua adalah atas undangan kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada BH Online.



Berikutan ia pengalaman pertamanya menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang popular BH 31 (ABPBH 31) ini mendapatkan bantuan mereka yang lebih berpengalaman bagi membantunya mempersiapkan diri.



“Wany memang tidak pernah menjejakkan kaki ke sana atau menunaikan umrah, sebelum ini. Justeru, Wany meminta bantuan Heliza Helmi bagi mendapatkan ustaz yang boleh mengendalikan sesi kursus haji secara peribadi.



Ditanya mengenai doa yang ingin dipanjatkan tatkala berada di sana, selain mengharapkan keampunan, artis berusia 26 tahun ini juga memohon supaya diberikan kesejahteraan buat keluarga dan kedua-dua orang tuanya.



“Pertama sekali, Wany nak minta ampun kepada Tuhan atas segala dosa Wany lakukan dan paling utama, Wany nak mendoakan juga kesejahteraan ibu, ayah dan keluarga ” ujarnya yang akan kembali ke tanah air pada 16 Ogos ini.



Sementara itu, Neelofa pula menghadapi dugaan apabila beliau dan jemaah lain tidak dapat berangkat ke Jeddah dua malam lalu atas masalah visa. "Alhamdulillah selepas hampir dua hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan insya-Allah akan ke Makkah pada Rabu (7 Ogos)," kata pengacara, pelakon dan usahawan terkenal itu ketika ditukil oleh Harian Metro.



Menurut pemilik nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 30, menerusi perkongsian di Instagram Storiesnya hari ini, dia bersyukur kerana ramai yang sudi membantu dengan penuh keikhlasan untuk menyelesaikan masalah visa terbabit.



"Saya tidak pasti jika pihak terbabit memberi kebenaran untuk saya sebut satu persatu. “Menerusi bantuan pihak mereka, Allah SWT permudahkan untuk saya menjadi tetamu-Nya sekali lagi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >