SEMPENA sambutan SG50 tahun ini, restoran Swensen's telah mengeluarkan semula hidangan popularnya yang sebelum ini dikenalkan untuk musim-musim tertentu sahaja.
Tiga sajian yang akan dihidangkan sepanjang April hingga Jun ini ialah SG50 Lobster Roll, BBQ Boneless Chicken dan Fried Crayfish yang kesemuanya ditawarkan pada harga yang dimampui pelanggan.