Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Tiga pilihan ganti gigi yang "hilang" 

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Tiga pilihan ganti gigi yang "hilang" 

Sep 05, 2018 | 05:30 AM

KEMAJUAN pesat dalam bidang pergigian moden membolehkan masalah hilang gigi diganti dengan beberapa cara. 

Pilihan tergantung kepada beberapa faktor yang sama penting peranannya.

Faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah kos, tempoh ketahanan, keselesaan, estetik, serta kesan terhadap gigi bersebelahan dan  tisu mulut yang lain.

Tiga pilihan asas kaedah rawatan yang boleh dipertimbangkan adalah:

  • Denture (dentur penuh/sebahagian - boleh ditanggalkan)
  • Bridge ('Jambatan' tetap)
  • Dental implant (implan pergigian)

DENTUR

Ia adalah prostesis yang "duduk" secara padan rapat dan perlu ditanggalkan untuk tujuan pembersihan.

Ianya diperbuat daripada logam atau plastik.

Biasanya seseorang itu mengambil masa untuk menyesuaikan diri  memakainya.

Dengan peredaran masa, tulang dan gusi di bawah dentur akan mengecut.

Ini akan menyebabkan dentur menjadi longgar dan perlu dibaiki atau diperbaharui bagi membolehkan ianya "duduk" semula dengan selesa.

KELEBIHAN

  • Murah dan lebih efektif dari segi kos untuk menggantikan kehilangan gigi yang banyak.
  • Boleh menggantikan gigi, gusi dan tulang yang hilang.
  • Tempoh singkat untuk siap. Antara seminggu dengan empat minggu.

KEKURANGAN

  • Ianya boleh bergerak semasa makan.
  • Daya kunyah berkurang berbanding pilihan lain.
  • Tulang dan gigi tidak dipelihara.
  • Lebar dan luas.
  • Menjejas pertuturan dan pemakanan.

'JAMBATAN' (BRIDGE)

Prostesis ini digunakan bagi menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang.

'Jambatan' gigi hanya diletakkan pada permukaan gusi dan bergantung kepada gigi tupang (gigi sebelah).

KELEBIHAN

  • Saiz yang sama dengan gigi asli.
  • Boleh meniru ciri estetik gigi yang hilang.
  • Cepat untuk disiapkan.
  • Tinggi mutu estetik.

KEKURANGAN

  • Gigi tupang (gigi asli/gigi sebelah) perlu ada dan diubah suai
  • Beban yang tinggi pada gigi tupang mungkin mengurangkan jangka hayatnya.
  • Kegagalan jambatan akan melibatkan kerosakan gigi asli.
  • Makanan terselit akibat sukar dibersihkan.
  • Kos yang lebih tinggi.

IMPLAN PERGIGIAN

Implan pergigian merupakan titanium yang ditanam ke dalam tulang untuk menggantikan akar gigi yang hilang.

Ia tetap pada kedudukannya dan boleh membantu memelihara  tulang sekeliling.

Ia paling sesuai menggantikan kehilangan sebatang gigi atau sebagai penyokong kepada jambatan untuk masalah kehilangan gigi yang banyak.

Ia juga boleh digunakan sebagai penyokong dentur penuh dan sebahagiannya.

Dalam menggantikan fungsi kehilangan satu atau lebih batang gigi, implan adalah pilihan terbaik kerana tidak menjejas gigi bersebelahan.

Ia tidak terdedah kepada karies (kerosakan) tetapi boleh dijejas penyakit gusi yang tidak dijaga.

KELEBIHAN

  • Merendahkan kadar kehilangan tulang - mencegah kemerosotan dan ketinggian tulang (kehilangan tulang).
  • Mencegah kegelinciran atau pergerakan gigi bersebelahan.
  • Tiada ruang kosong antara gigi, melindungi kesihatan gigi bersebelahan.
  • Kelihatan baik secara estetik - kekal di tempatnya membolehkan seseorang mudah tersenyum dan ketawa.
  • Keupayaan makan dengan baik kerana tidak bergerak.
  • Tahan lama dan selesa - dengan penjagaan betul serta lawatan tetap berjumpa doktor gigi, implan gigi boleh bertahan bertahun lamanya.
  • Tidak menggunakan gigi bersebelahan seperti yang diperlukan kaedah bridge.

KEKURANGAN

  • Kos yang tinggi berbanding dengan dentur biasa.
  • Mungkin memerlukan pemindahan dan penambahan tulang.
  • Berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi dengan kehadiran masalah perubatan/kesihatan lain.
  • Lama untuk dihasilkan.
  • Penulis Pengarah Klinikal FDC Dental di Bedok Central

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3