Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Tik Tok... Tik Tok... Sufi giat tebar jenama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PERSONALITI HIBURAN

Tik Tok... Tik Tok... Sufi giat tebar jenama

Penyanyi/usahawan popular gigih manfaatkan aplikasi perkongsian video bagi sebar lagu terbarunya
Dec 15, 2019 | 05:30 AM



Aplikasi Tik Tok mencipta satu fenomena dalam kalangan generasi muda kerana klip video ringkas yang dihasilkan penuh dengan humor. Lantaran itu, ia turut menjadi wadah media sosial terkini yang dimanfaatkan bakat serata dunia termasuk di Singapura dalam menularkan kerja seni mereka. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan sekitar fenomena Tik Tok.




DENGAN arus teknologi kian pesat berubah, seorang bakat seni tidak boleh setakat bergantung pada suara emasnya atau lagu 'hit' yang tercipta buatnya.



Penyanyi dan usahawan Singapura, Sufi Rashid, yang memiliki tarikan dalam kalangan pencinta muzik Nusantara, pentingkan unsur pemasaran sesebuah lagu menerusi kaedah digital.



Jika dahulu saluran video YouTube dan aplikasi karaoke Smule menjadi sandaran buat Sufi, 28 tahun, mencetus fenomena bagi karya seninya, beliau kini temui formula baru dalam aplikasi Tik Tok.



Aplikasi milik syarikat ByteDance yang berpangkalan di Beijing, China, ini merupakan wadah perkongsian video yang menghasilkan klip video muzik ringkas sepanjang 15 saat.



Ia pesat 'menular' di serata dunia khususnya dalam kalangan generasi muda yang mencari ruang meluah rasa menerusi nyanyian, tarian dan lakonan komedi.



Sebahagian besar klip video pula memaparkan pengguna Tik Tok meniru gaya penyanyi atau pelakon asal dengan setakat mengkumat-kamitkan mulut mereka.



Sejak dilancarkan pada 2016, aplikasi ini dianggarkan memiliki 500 juta pengguna aktif.



Antara selebriti yang memanfaatkan aplikasi ini sehingga video mereka menular termasuk pelakon Will Smith dan rapper Lil Nas X.



Sufi menggunakan Tik Tok bagi memasarkan lagu terkininya Cin Cinta yang dicipta sebagai hadiah buat isterinya, Nurulain Md Yusof, juga 28 tahun, pada hari perkahwinan mereka, September lalu.



Sejauh ini, sudah lebih 1,300 pengguna Tik Tok merakam klip video mereka dengan lagu latar Cin Cinta. Pengikut Sufi di aplikasi ini pula sudah mencecah sebanyak 6,000 orang.



Dalam pertemuan bersama Berita Minggu di Kampus Mediacorp baru-baru ini, Sufi menjelaskan:



"Saya dapat merasakan lebih banyak cabaran lagi buat bakat seni tempatan dalam mengharungi perubahan dunia hiburan Nusantara menjelang 2020.



"Kita tidak boleh menghalang perubahan yang datang dengan begitu pesat. Kita perlu sentiasa peka mengkaji pasaran dan cita rasa peminat.



"Kalau tiada carta lagu di radio yang memberikan semacam ukur tara bagi kita ketahui sejauh mana respons buat lagu baru kita, kita harus gigih memasarkannya di luar lingkungan YouTube, Instagram atau Smule.



"Saya temui Tik Tok sebagai wadah berkesan dan menghiburkan khususnya bagi menularkan lagu rancak dan catchy. Ia pengorak trend baru. Saya mulakan dengan menyiapkan klip video ringkas Cin Cinta bersama isteri saya.



"Saya dapat lihat daya kreativiti pengikut saya dalam mewarnai lagu ini dengan gaya mereka tersendiri. Dalam zaman sekarang ini, peminat pun ingin tahu siapa diri kita dan bukan sahaja mengenali kerja seni kita.



"Berikan mereka ruang untuk mengamati apa yang anda miliki sebagai satu perkongsian. Mereka dapat lihat personaliti anda dalam sudut berbeza. Itu satu usaha membina jenama saya, jenama 'Sufi Rashid'."



Kegigihan Sufi meneroka teknik pemasaran baru bagi lagu-lagunya turut dikongsi dengan bakat senegara yang namanya sedang meningkat popular seperti juara SG Mania 3, Nurul Rahila Rashun.



"Ada pepatah Inggeris strike the iron while it's hot yang membawa maksud rebutlah sesuatu peluang itu secepatnya tanpa tercega-cega di kala keadaan menyebelahi kita merupakan sesuatu yang tepat.



"Saya beritahu Rahila, sejurus bergelar juara, beliau perlu cepat-cepat fikirkan langkah selanjutnya - aktif di media sosial, keluarkan single dan berinteraksi dengan pengikutnya. Alhamdulillah, inilah yang dilakukannya," tambah Sufi.



Dalam dirinya mendekati ramai, penghibur ramah ini juga bersyukur wujud peluang menyampaikan ceramah pemasaran, Ultimate Marketing Bootcamp di Village Hotel Bugis bulan lalu.



"Saya tak pernah bayangkan diri saya sebagai penceramah pemasaran seiringan dengan nama besar seperti usahawan Ridjal Noor dan karyawan media Sujimy Mohd.



"Kata orang, sedikit-sedikit... lama-lama jadi bukit. Saya dengan kerendahan hati berkongsi usaha saya membangun jenama 'Sufi Rashid' menerusi usaha niaga biskut Krispy Krunchee bersama isteri.



"Kalau segalanya berjalan lancar, saya ingin teroka pula bisnes ubah elok dan hiasan dalaman tahun depan.



"Jenama perlu diperkukuh. Ia bukan lagi setakat soal bilangan 'likes' dan 'views' pada laman media sosial kita. Kalau orang kenal jenama mapan saya sebagai penyanyi atau usahawan, lebih banyak peluang kita mencari rezeki. Yang penting, jangan berhenti bekerja keras mencari wadah baru memasarkan kerja seni kita," tambahnya.




"Jenama perlu diperkukuh. Ia bukan lagi setakat soal bilangan 'likes' dan 'views' pada laman media sosial kita. Kalau orang kenal jenama mapan saya sebagai penyanyi atau usahawan, lebih banyak peluang kita mencari rezeki. Yang penting, jangan berhenti bekerja keras mencari wadah baru memasarkan kerja seni kita."
- Sufi Rashid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >