Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Tingkat kelulusan demi tawar khidmat relawan bidang kemanusiaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tingkat kelulusan demi tawar khidmat relawan bidang kemanusiaan

May 01, 2019 | 05:30 AM



KALI pertama beliau ke India di bawah program diploma kejururawatan yang disertainya sedikit masa dahulu, minat Encik Muhammad Abu Jihad Hanafi terhadap khidmat kemanusiaan terus bertambah.



Pada ketika itu beliau melihat sendiri secara dekat bagaimana kehidupan dan kepayahan yang dialami penduduk yang ditemuinya.



Apa yang berada di depan mata menyentuh perasaannya.



"Semasa di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), saya banyak membaca tentang kerja-kerja yang dilakukan sebuah pertubuhan kemanusiaan antarabangsa.



"Saya cuba ketahui bagaimana saya dapat sertai pertubuhan itu.



"Sukarelawan yang hendak berkhidmat sama perlu ada kelayakan sehingga peringkat ijazah, selain pengalaman mencukupi," katanya.



Berbekalkan sasarannya itu, jejaka bujang berusia 30 tahun itu bekerja keras untuk melayakkan diri ke peringkat diploma, sebelum melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah sarjana muda dalam kejururawatan.



Encik Abu Jihad menyifatkan dirinya bernasib baik apabila dirinya terpilih menjadi salah seorang wakil jagaan kesihatan bagi misi haji Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 2014.



Lebih menarik lagi, beliau terpilih untuk bersama Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) menabur bakti kepada penduduk susah Kemboja dalam menubuhkan klinik dan memberi khidmat jagaan kesihatan, pada 2016.



Tahun lalu, Encik Abu Jihad - secara solo - telah ke Cox Bazaar, di Bangladesh di mana beliau membantu pelarian Rohingya dalam memberikan khidmat jagaan kesihatan secara percuma, selama dua minggu.



Mac lalu, sekali lagi beliau ke Cox Bazaar selama dua minggu dengan tujuan yang sama.



"Apa yang membuat saya ingin terus kembali lakukan kerja kemasyarakatan ialah rasa puas bila dapat hulurkan bantuan kepada golongan memerlukan," katanya yang menyediakan khidmat kejururawatan kepada golongan tersebut.



Selain itu beliau juga membantu pekerja asing apabila ada masa - memberikan khidmat kejururawatan di sebuah klinik di kawasan Geylang.



Semua itu dilakukan sedang beliau kini bekerja sepenuh masa sebagai jururawat staf kanan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Di atas semua kerja kemasyarakatan yang disumbangkannya, Encik Abu Jihad menjadi salah seorang daripada 83 individu yang diiktiraf di bawah Anugerah Kemanusiaan Jagaan Kesihatan (HHA) untuk tahun ini.



Anugerah disampaikan pada 25 April lalu di Hotel Orchard.



"Yang penting buat saya bukan anugerah ini, tapi pengalaman dan kepuasan yang dilalui apabila khidmat yang disumbang dapat dimanfaatkan pesakit yang memerlukannya," ujarnya.



Dalam e-melnya, Pengurus Jururawat, Cik Norjehan Sazali, yang juga penyelia Encik Abu Jihad, berkata:



"Abu Jihad ialah seorang jururawat yang berpengalaman, tenang dan teratur.



"Beliau tidak lokek berkongsi ilmu dengan rakan lain, selalunya melalui latihan yang dianjurkannya sendiri.



"Pasukan kami di wad amat bangga dengan pencapaiannya dan akan sentiasa menyokong minatnya selaku relawan."



Bagi memastikan beliau terus melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan, beliau menerima tawaran majikannya untuk melanjutkan pengajian Diploma Lanjutan dalam Ortopedik - yang baginya amat berguna semasa di tempat kerja dan semasa menjalani misi kemanusiaan luar negara.



"Setiap kursus yang dihadiri amat berguna.



"Ini bagi memastikan saya tidak ketinggalan dalam dunia kejururawatan yang penting bukan sahaja untuk pekerjaan harian saya, tapi juga semasa menyertai misi kemanusiaan," tambahnya.




"Yang penting buat saya bukan anugerah ini, tapi pengalaman dan kepuasan yang dilalui apabila khidmat yang disumbang dapat dimanfaatkan pesakit yang memerlukannya."
- Encik Muhammad Abu Jihad Hanafi, relawan kemanusiaan yang juga Jururawat Staf Kanan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >