Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Tiupan saks Kenny G kembali lagi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tiupan saks Kenny G kembali lagi

Aug 16, 2018 | 05:30 AM



PEMINAT muzik instrumental yang seronok dibuai tiupan saksofon Kenny G bakal menikmatinya secara langsung sekali lagi apabila beliau datang ke Kota Singa pada 8 November ini.



Konsert One Night Only - Kenny G Live In Singapore bakal berlangsung di Teater The Star, Pusat Seni Pementasan The Star di Buona Vista.



Inilah peluang ramai mampu menyaksikan pemuzik ikonik dengan jualan laris album instrumentalnya yang mencecah 75 juta unit itu menghiburkan mereka yang ingin dibawa 'mengembara jauh' dalam satu perjalanan muzik.



Konsert ini kelak akan memaparkan lagu dalam album Kenny, The Brazilian Nights, yang diterbitkan awal 2015, meraih inspirasi daripada kunjungan pemain saksofon terbilang itu ke Rio de Janeiro, Brazil.



Beliau jatuh cinta dengan genre bossa nova, keramahan masyarakat Brazil dan suasana ceria malam yang dipenuhi dengan nyanyian dan tarian orang sekeliling.



The Brazilian Nights begitu berjaya malah menempatkan Kenny, kini 62 tahun, ke dalam Carta Billboard 200 di tangga ke-86.



Edisi 'deluxe' album ini turut memuatkan lagu popular Kenny dalam album terdahulu, Forever in Love dan Heart and Soul yang dipersembahkan secara langsung.



"Saya tidak sabar bertemu dengan peminat setia saya di Singapura bagi memberikan mereka merasai nikmat malam yang romantis dan eksotik di Brazil. Semuanya disajikan menerusi muzik saya. Pastinya ini adalah satu perhimpunan peminat saya yang dinanti-nanti.



"Saya berharap dapat berkongsi keindahan muzik bossa nova dengan anda semua," kata Kenny dalam satu kenyataan promoter konsert, CK Star Entertainment.



Antara Isnin ini hingga 2 September, tiket-tiket dengan potongan harga 15 peratus - antara $78 dengan $328 (VVIP termasuk peluang bertemu dengannya) mula dijual secara eksklusif buat pemilik kad kredit MasterCard di kaunter, talian dan laman Sistic.



Kali terakhir Kenny membuat persembahan adalah di Teater Resorts World sekitar Oktober 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >