Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Trauma silam bantu hidupkan watak 'Joker'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

DUNIA HOLLYWOOD

Trauma silam bantu hidupkan watak 'Joker'

Oct 02, 2019 | 05:30 AM



SUATU ketika dahulu, Joaquin Phoenix yang membawa watak Arthur Fleck dalam filem terkini Hollywood, Joker, pernah melahirkan ketidakselesaannya bergelar selebriti.



"Saya mahu hidup seperti orang biasa. Saya tidak selesa dengan 30 kamera sekali gus merakam gambar saya di sebarang sesi tayangan perdana filem," ujarnya kepada media antarabangsa.



Namun, dengan filem Joker kian disebut-sebut sebagai karya seni yang bakal membolot banyak anugerah perfileman terbilang seperti Anugerah Academy dan Anugerah Emmy, tidak hairanlah jika nama Phoenix menjadi sebutan di mana-mana.



Laman The Sun menarik perhatian bahawa Phoenix, 44 tahun, adalah yang paling sesuai membawakan watak Fleck, sang pelawak yang gagal membangun kerjayanya dan mula melakukan jenayah yang menggoncangkan Gotham City.



Sebabnya, beliau sendiri melalui kehidupan suram sepanjang usia kanak-kanak dan remaja.



Ibu bapanya, John dan Arlyn Bottom, berada dalam kumpulan kultus berbudaya hipi, Children of God, yang menggalak seks bebas antara orang dewasa dan kanak-kanak termasuk sumbang mahram sehingga lewat tahun 1970-an.



Abangnya, River Phoenix, juga pelakon popular, meninggal dunia di jalanan kerana penyalahgunaan dadah dan ketagihan arak.



Sebagaimana kata seorang penerbit Hollywood yang enggan namanya disiarkan:



"Joaquin memang pandai membawa watak seorang lelaki yang mengalami trauma. Sebab itulah yang dilaluinya sewaktu remaja."



Phoenix memberi jiwa raganya bagi filem Joker ini. Sejurus ditawarkan watak itu, beliau menyelami dunia si 'Joker' dan mengambil masa lapan bulan mengkaji gangguan personaliti yang wataknya miliki.



"Saya terpaksa turunkan berat badan sampai kelihatan seperti jerangkung bergerak. Perkara ini membuatkan saya ibarat hilang akal.



"Saya perlu belajar cara orang yang murung ketawa secara sinis menerusi klip video yang ditonton. Setiap kali ketawa berdekah-dekah, ia ibarat saya mengalami satu penyakit mental," ceritanya.



Beliau berlatih sendiri tetapi meminta pengarah Todd Phillips menilai gelak tawanya, sesuai atau tidak bagi filem Joker.



"Awalnya tidak selesa bagi saya melakukannya di hadapan orang ramai secara spontan.



"Saya mengambil masa yang lama hanya untuk ketawa," katanya yang awalnya diberi nama Leaf oleh ibu bapanya.



Sepanjang wawancara, beliau bagaimanapun tidak pernah menyalahkan ibu bapanya yang tersilap memilih arah tuju dalam kehidupan.



"Mereka sangka mereka bersama orang-orang yang dapat membantu mereka. Sayangnya tidak.



"Kalau ada orang dalam kumpulan itu yang merasakan dirinya berkuasa dan mula abaikan amanahnya, segala-gala matlamat kumpulan itu berubah," katanya.



Kehidupan keluarga Phoenix begitu sukar apabila mereka berpindah ke Caracas, Venezuela.



Selain miskin, beliau terpaksa mencuri makanan untuk hidup.



Nama 'Phoenix' digunakan sebagai satu usaha seisi keluarga ini bangkit semula dalam kehidupan apabila mereka kembali ke Los Angeles di Amerika. Ibunya adalah setiausaha di saluran NBC manakala bapanya pula adalah pencorak landskap.



Phoenix mula berlakon pada usia lapan tahun dalam siri televisyen Seven Brides For Seven Brothers.



"Saya menyaksikan satu babak pergaduhan dalam drama ini. Saya tahu si pelakon hanya berlakon dan ini bukan realiti. Tahu-tahu saya begitu teruja dengan dunia lakonan.



"Hingga ke hari ini, ada ketikanya saya menggeletar memikirkan pecutan adrenalin setiap kali diminta berlakon babak aksi," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >