Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Trivia artis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Trivia artis

Nov 29, 2019 | 05:30 AM



JATT ALI



- Panggilan nama manja 'Jatt' diberi arwah neneknya yang meminati penyanyi lama, Rohaizad. Ia menjadi nama glamor sejak zaman kepopularan Black Dog Bone.



- Walaupun sering tampil dengan rambut keriting menggerbang, Jatt pernah potong rambut 'crew cut' kerana ingin elakkan dikenali peminat di Kuching, Sarawak. Namun di sana jugalah, beliau kali pertama bertemu isterinya, Norimah Zaini (Ree Zaini) yang menyanyi bersama band lain.




SIRI TV PALING DIBENCI PENONTON



- Sebelum pelakon sasa Zac Efron dan The Rock menjayakan filem 2017, 'Baywatch', siri televisyen tentang pengawal pantai kacak dan jelita dengan tajuk serupa itu dianggap sebagai antara siri televisyen paling dibenci penonton sedunia, menurut laman Showbiz CheatSheet.



- Jalan cerita siri televisyen 'Baywatch' itu membosankan dengan si pengawal pantai kelihatan berlari perlahan dan sering terjebak dengan hubungan cinta yang mengganggu jiwa raga.



- Drama yang diterajui David Hasselhoff itu dibatalkan stesen NBC selepas satu musim sahaja kerana 'rating' yang tidak menggalakkan. Namun, beliau kemudian gigih memperbaiki jalan cerita drama tersebut sehingga ia dikembalikan bagi 10 musim berturut-turut.




FILEM YANG DINANTIKAN TAHUN DEPAN



- Antara filem yang dinanti-nanti bagi 2020 adalah 'Mulan', sejajar dengan trend industri filem mengubah animasi Disney menjadi filem aksi yang dijayakan pelakon hebat, lapor laman Rotten Tomatoes.



- Bintang kelahiran Wuhan, China, yang kini menetap di Amerika, Liu Yifei, 32 tahun, dipilih sebagai peneraju watak Mulan. Beliau juga adalah penyanyi lagu-lagu Jepun.



- 'Mulan' turut dibintangi legenda filem Cina seperti Donnie Yen, Gong-Li dan Jet Li.



- Filem arahan Niki Caro yang mengarah filem Whale Rider dan North County itu dijadualkan menemui penonton pada 27 Mac tahun depan

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >