Trivia artis

PUSSY CAT DOLLS BAKAL BERSATU SEMULA

- Penyanyi terkenal Nicole Scherzinger memberi khabar gembira apabila mengumumkan kumpulan The Pussycat Dolls bakal membuat kemunculan semula selepas hampir sembilan tahun bercuti panjang.

- Menurut Nicole, sudah sampai masanya bagi untuk kumpulan yang pernah menjadi kegilaan remaja itu melupakan apa yang pernah terjadi sebelum ini dan kembali beraksi di pentas nyanyian setelah lama berpecah.


COLDPLAY ENGGAN ADAKAN KONSERT BAGI PROMOSI ALBUM

- Kumpulan rok British, Coldplay, tidak akan mengadakan konsert jelajah untuk mempromosikan album baru mereka berjudul 'Everyday Life' kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

- Vokalis, Chris Martin, berkata mereka mengambil masa untuk melihat bagaimana siri jelajah itu dapat memberi manfaat secara aktif kepada alam sekitar.

- Menurutnya, Coldplay akan berasa kecewa jika mana-mana program jelajah tersebut tidak 'neutral karbon'.

- Kata Martin, impian mereka adalah mengadakan persembahan tanpa plastik sekali guna dan menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga.


MARVEL GABUNG DENGAN ULTRAMAN

- Produksi terkenal Marvel Studio dilaporkan akan bekerjasama dengan adi wira terkenal Jepun, Ultraman.

- Menerusi laman sosial Twitter, Marvel dan Tsuburaya Productions teruja untuk mengumumkan kolaborasi ini dan mereka bakal mengeluarkan komik bersiri dan novel grafik.

- Pengumuman itu diuar-uarkan sewaktu Tokyo Comic Con dan akan dilancarkan pada 2020.

- Namun, kerjasama Ultraman dan Marvel ini hanya melibatkan komik dan novel.

- Malah, mereka belum ada sebarang perancangan untuk menerbitkan filem 'Ultraman'.