Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Gaya Hidup

Trivia lagu

Dec 23, 2019 | 12:00 AM

LAGU BUAT MEAT LOAF NAIKKAN NAMA TYLER

- Lagu popular penyanyi kelahiran Wales, Britain, Bonnie Tyler, 'Total Eclipse of the Heart', dihasilkan Jim Steinman. Beliau asalnya mencipta lagu ini buat penyanyi Amerika, Meat Loaf kerana terbiasa menghasilkan karya 'hit' buatnya.

- Namun, laman Songfacts menjelaskan kerana masalah kewangan, syarikat rakaman Meat Loaf tidak dapat meneruskan rakaman lagu ini. Mere- ka lebih suka jika Meat Loaf mencipta lagunya sendiri.

- Tyler, kini 68 tahun, diberikan lagu 'Total Eclipse of the Heart' dan menjadikannya rekod pertama artis kelahiran Wales yang berada di tangga teratas Carta Amerika Syarikat.

- Lagu ini pernah memenangi Anugerah Variety Club di Britain bagi 'single' terbaik 1983.

- Kalau ada yang tertanya-tanya mengapa suara Tyler serak-serak basah, beliau sebenarnya men- galami masalah nodul tekak sehingga terpaksa menjalani pembedahan yang menjejas nada sua- ranya. Namun, keadaan itu menjadikannya sebagai penyanyi unik. - Foto LW THEATRES


TRIVIA LAGU LAGU 'HIT' JETT BUAT PENYANYI AEROSMITH?

- Penerbit Joan Jett, Kenny Laguna, menjelaskan kepada laman Songfacts bahawa Jett sebenarnya menghasilkan lagu 'I Hate Myself Because I Can't Get Laid'.

- Namun, penulis lirik dan penerbit, Desmond Child, meminta Jett menukarnya menjadi 'I Hate Myself For Loving You' kerana meyakini bahawa kisah cinta akan melariskan lagu ini.

- Child mengambil iktibar daripada menghasilkan lagu seperti 'I Was Made For Lovin' You buat kumpulan Kiss dan You Give Love A Bad Name untuk Bon Jovi.

- Penyanyi Pink merakam versi lagu ini bagi rancangan Sunday Night Football pada 2006. Namun, lagu ini kerap diubah penyanyinya daripada Pink kepada Faith Hill dan akhirnya Carrie Underwood.

- Vokalis Aerosmith, Steve Tyler, mendakwa dalam buku riwayat hidupnya, 'Does The Noise In My Head Bother You?', lagu 'I Hate Myself For Loving You', dicipta buat dirinya. Namun, beliau menjelaskan cintanya ditolak Jett. - Foto AP


'WHAT'S UP' ASALNYA HANYA LUAHAN HATI PEMUZIK TANPA WANG

- Kumpulan 4 Non Blondes bermula di San Francisco pada 1989. Syarikat rakaman mereka mencari penyanyi rok wanita yang boleh menghasilkan lagu pop yang berkesan di hati ramai.

- Anggota kumpulan ini, Christa Hillhouse, menjelaskan kepada laman Songfacts bahawa lagu 'hit' 'What's Up' ini dihasilkan dalam keadaan anggota kumpulan ini tahu mereka kehabisan wang dan hanya main muzik sebagai sumber pendapatan. Namun, mereka masih lagi bernyawa dan memperjuangkan seni.

- Penyanyi utama dan penggubah lagu 4 Non Blondes, Linda Perry, menghasilkan lagu ini ketika bersantai sambil memetik gitar di ruang tamunya.

- Kesan daripada lagu ini adalah ia mampu menyatukan pendengar muzik meskipun mereka mungkin tidak fasih berbahasa Inggeris. Ia lagu kemanusiaan penuh kejujuran. - Foto BILLBOARD

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian