Tulang boleh bengkok gara-gara gaya hidup
Masalah postur badan dialami bukan sahaja orang dewasa, malah murid sekolah rendah
Apr 20, 2016 | 05:30 AM
GAYA hidup yang menumpukan kepada peralatan teknologi, memenuhi keperluan persekolahan dan amalan kegiatan yang terlalu cergas boleh menjejas postur/kedudukan tubuh seseorang.
Bukan sahaja golongan dewasa yang bekerja mendapat kesannya, malah kanak-kanak juga kini mengalami masalah postur akibat gaya hidup yang kian berubah.