TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM BIDANG PENGEKODAN
Tunjuk tekad dan tumpuan selesaikan masalah kod seawal usia sembilan tahun
Semakin ramai kini memiliki telefon bijak dan menggunakan aplikasi bagi pelbagai tujuan. Antara aplikasi yang sering digunakan ialah bagi menempah teksi atau melihat jadual ketibaan bas. Tidak sekadar menggunakan aplikasi, terdapat juga segelintir yang berusaha memahami bagaimana aplikasi itu dicipta dengan mengikuti kursus pengekodan dan pemprograman komputer. Berikut laporan NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) tentang usaha anggota masyarakat Melayu/Islam cuba mendalami dan menggalakkan kemahiran pengekodan.
Jul 08, 2016 | 05:30 AM
PADA usia sembilan tahun, Amir Irfaan Mohamad Faiz menunjukkan tekad dan tumpuan yang mengagumkan dalam menyelesaikan masalah kod.
Menurut bapanya, Encik Mohamad Faiz Selamat, anaknya itu menghadap komputer selama lapan jam bagi menyelesaikan satu masalah kod sehingga berjaya.