PENAMPILAN saya tidak selalu begini - rambut panjang, menggunakan kanta lekap, umumnya bebas daripada jerawat dan tubuh saya pun boleh tahan.
Saya didatangi haid pada usia yang agak muda - lapan tahun - jauh lebih awal daripada rakan-rakan yang lain. Tiada sesiapa yang mempersiapkan saya mengenai kedatangan ini, impaknya kepada saya sebagai seorang kanak-kanak perempuan ketika itu. Isu seperti ini lazimnya tidak dibincangkan dalam keluarga saya.