Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Usahakan filem ringkas 'Demi Masa' di Facebook sempena Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Usahakan filem ringkas 'Demi Masa' di Facebook sempena Ramadan

Jun 06, 2017 | 05:30 AM



Selebriti setempat yang berpengaruh di media sosial turut memanfaatkan Facebook dan Instagram sebagai wadah penyebar nilai murni tentang Ramadan. Filem ringkas yang padat dengan pesanan, vlog (blog video), video lintas langsung Facebook dan parodi komedi berkisahkan plot filem popular yang diberi sentuhan Ramadan dihasilkan sebagai renungan bersama. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.



PASANGAN suami isteri Adi Yadoni dan Wahyu Rahman sudah biasa menghasilkan telemovie Hari Ibu dan drama sosial Lebaran yang disiarkan selama sejam dua di kaca televisyen.



Bagaimanapun, apabila diuji dengan projek filem ringkas 10 minit sempena Ramadan, Demi Masa, banyak perkara muncul di fikiran dengan cabaran tersendiri.



Filem tersebut yang ditugaskan Persatuan Ain merupakan satu usaha Adi dan Wahyu menyumbang semula kepada masyarakat.



Ia bakal dimuat naik ke Facebook hujung minggu ini dan menyebar pesanan tentang nilai kekeluargaan seperti menghargai masa bersama anggota keluarga tercinta selagi hayat masih ada.



FILEM 10 MINIT



Perihal kasih sayang terhadap pesakit barah juga disisipkan sebagai renungan, sesuai dengan emosi sayu dan syahdu yang biasanya terasa dalam musim Lebaran.



Ketika ditemui Gah! di pejabat Berita Harian baru-baru ini, Wahyu, yang sama-sama mengusahakan syarikat penerbitan Element Pictures bersama Adi, berkata:



"Kami terfikir bagaimana ingin muatkan bermacam perkara dalam filem ringkas 10 minit. Isu-isu tertentu tidak mampu dikembangkan secara lebih luas dalam plot filem yang padat ini.



"Apabila diberi beberapa kes pesakit yang mendapat bantuan Persatuan Ain, kami terfikirkan beberapa jalan cerita yang boleh menyebar kesedaran tentang pesakit barah dan keperluan mereka, di samping memiliki sentuhan Hari Raya."



Adi juga menambah bahawa iklan Petronas yang menyentuh jiwa setiap Lebaran bagaikan menyuntik inspirasi bagi mereka menghasilkan kerja seni yang dekat di hati ramai.



"Penyampaian jalan cerita mustahak. Kami enggan filem ringkas ini dilihat sebagai kempen sosial yang sudah biasa masyarakat Singapura amati. Takut-takut mereka bosan menghadam pesanannya.



"Lantaran itu, teknik persis pembikinan telefilem sosial atau siri drama yang kami amalkan diterapkan dalam pembikinan filem ringkas ini. Alhamdulillah, kami dapatkan bantuan karyawan filem dalam kalangan teman kami yang pernah memenangi anugerah bagi projek ini," ujarnya.



Sebelum ini, Adi dan Wahyu pernah membantu Persatuan Ain mengendalikan kelas seni lukis bagi pesakit barah muda.



Maka, filem Demi Masa itu menyentuh tentang nasib pesakit muda yang bertarung dengan nyawa.



Cuma, sekilas pandang, ramai mungkin tidak boleh mengagak di mana masalah yang ingin dipaparkan melalui video ini.



Apabila filem bermula, penceritaannya seakan-akan berlegar di sekitar hubungan dingin sepasang suami isteri yang dilakonkan Sufian Ahmad dan Wahyu sendiri.



"Kami bersyukur dapat melibatkan pelakon berbakat seperti Sufian yang dapat menangis spontan dalam babak tertentu.



"Saya sendiri tidak menduga bahawa watak yang dibawa cukup berat. Dialog tak banyak, tapi permainan emosi yang begitu ketara," ujarnya.



Selain itu, Demi Masa juga menekankan tentang pesanan dalam hadis agar memanfaatkan lima perkara sebelum lima perkara iaitu waktu muda sebelum tua, waktu sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum fakir, masa luang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati.



SIBUK KEJAR DUNIA



"Apabila mengusahakan filem ringkas ini, saya sendiri terkesima dengan pesanannya. Kalau disentuh tentang masa. Banyak perkara kita abaikan dalam kesibukan mengejar dunia, menggalas amanah kerja dan sebagainya.



"Masa itu adalah faktor mustahak sebab ia tidak akan datang kembali," tambah Adi.



Wahyu pula berkata bahawa beliau yakin wadah media sosial berkesan dalam mendekati orang ramai kerana kebanyakan orang memiliki telefon bimbit atau tablet yang dibawa ke mana-mana.



"Facebook sudah menjadi teman baik ramai kerana di situlah mereka mendapat maklumat.



"Perkongsian filem ringkas Demi Masa ini diharap dapat memutikkan kesedaran dalam diri kita tentang pentingnya meluangkan masa bersama keluarga selagi hayat masih ada.



"Sejajar itu, kami terapkan lagu kumpulan Indonesia, Banda Neira, Sampai Jadi Debu, buat renungan," kata Adi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >