Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Usia senja bukan penghalang tetap belajar, terus mengajar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Usia senja bukan penghalang tetap belajar, terus mengajar

Mar 10, 2019 | 05:30 AM



PENGALAMAN yang dilalui Cik Saudah Marwan semasa dikesan menghidap barah buah dada ternyata menjadi pengajaran buat wanita bersemangat waja ini.



Kini pada usia 64 tahun, ibu tiga anak yang sudah bergelar nenek itu memanfaatkan persaraannya dengan pelbagai kegiatan dan riadah yang mampu menjadikan tubuhnya lebih sihat seiring kecergasan minda.



"Semasa bekerja sebelum ini, keadaan kesihatan saya kurang memuaskan, sehinggakan saya dikesan dengan barah buah dada pada 2006.



"Episod hitam itu menjadi kenangan buat saya selama-lamanya.



"Namun ia juga menjadi pengajaran buat saya dan maka itu, selepas bersara, saya banyak menyertai kegiatan yang mampu buat saya lebih gembira dan sihat fizikal dan minda," tambah guru pesara itu.



Antara lain beliau kini menyertai kegiatan menyihatkan seperti Program Pembelajaran Antara Generasi (ILP) di bawah Akademi Warga Emas Nasional (NSA), yang menganjurkan kelas melukis, berkebun, memasak dan kursus mengenai teknologi maklumat (IT).



Seperti contoh, Cik Saudah telah menghadiri satu kursus di Sekolah Chongfu, berkaitan kegiatan berkebun di mana beliau dipadankan dengan pelajar.



"Saya tidak sangka pelajar yang dipadankan mampu sesuaikan diri dengan warga emas seperti saya.



"Akhirnya, kami dapat bekerjasama dengan baik dan mereka begitu hormat dengan warga emas.



"Kami saling belajar antara satu sama lain. Yang pasti pelajar sentiasa ingin paparkan apa yang mereka pelajari kepada peserta warga emas seperti saya," katanya.



Hasilnya kini banyak ilmu yang ditimba, terutamanya dalam bidang berkebun, media sosial dan diet kesihatan.



Bagi memastikan pengalaman sebagai guru selama 38 tahun tidak terbuang begitu sahaja, Cik Saudah turut meluangkan masa mengajar kanak-kanak sekolah rendah membaca.



"Masih ada sesetengah pelajar sekolah rendah yang hadapi masalah membaca.



"Sekurang-kurangnya, pengetahuan dan ilmu yang saya timba selama ini dapat saya manfaatkan dengan mengajar mereka pula," kata bekas guru geografi itu.



Tidak cukup dengan itu, nenek dua cucu itu turut aktif mengikuti kegiatan seperti senaman tujuh kali seminggu.



Ia termasuk yoga, pilates, berjalan pantas, aerobik impak rendah dan berenang.



"Memang banyak kursus yang disediakan di bawah NSA.



"Pasti ada satu dua kegiatan yang menarik perhatian warga emas seperti saya.



"Selepas menjalani beberapa kursus tersebut, saya timba banyak ilmu yang kini dapat diterap setiap hari di dalam dan luar rumah," ujarnya.



NSA merupakan satu rangkaian yang terdiri daripada institusi pendidikan posmenengah - termasuk Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik, universiti dan institusi kesenian serta pertubuhan berdasarkan kemasyarakatan.



Warga emas yang layak boleh menikmati subsidi apabila mengambil kursus singkat di bawah NSA.



Warga emas Singapura yang ingin menyertai modul tanpa peperiksaan di institusi tersebut hanya perlu membayar sedikit yuran.



Lungsuri laman www.nsa.org.sg. untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus yang disediakan.



Pertubuhan berkaitan termasuk Majlis Bagi Usia Ketiga (C3A).



Pelajari kemahiran baru hari ini di laman NSA, http://www.nsa.org.sg/ atau hubungi talian NSA di 6478-5029, setiap Isnin hingga Jumaat, antara 9 pagi dengan 5 petang, kecuali pada cuti umum.`



"Memang banyak kursus yang disediakan di bawah NSA (Akademi Warga Emas Nasional). Pasti ada satu dua kegiatan yang menarik perhatian warga emas seperti saya. Selepas menjalani beberapa kursus tersebut, saya timba banyak ilmu yang kini dapat diterap setiap hari di dalam dan luar rumah."
- Guru pesara, Cik Saudah Marwan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >