Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Video papar kesan salah guna dadah atas famili, masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Video papar kesan salah guna dadah atas famili, masyarakat

Oct 07, 2018 | 05:30 AM

KELUARGA, agama dan masyarakat.

Itulah tiga teras utama yang menjadi inti empat video yang memaparkan kesan negatif penyalahgunaan dadah yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Keempat-empat video itu merupakan sebahagian daripada kempen Dadah Itu Haram (DIH) yang bertujuan meningkatkan kesedaran antidadah dan menggesa masyarakat menangani masalah itu.

Filem ringkas karya empat pembikin filem Melayu setempat itu menawarkan perspektif berbeza tentang bagaimana masalah berkaitan pengambilan dadah tidak sekadar melibatkan penyalah gunanya sahaja, malah ia turut menjejas kanak-kanak dan keluarga mereka.

Menyediakan pengetahuan agama dalam usaha melindungi anak daripada pengaruh negatif penyalahgunaan dadah juga ditekankan dalam video tersebut.

Begitu juga penglibatan dan penerimaan masyarakat terhadap golongan tersebut yang telah kembali ke pangkal jalan diberi perhatian oleh pembikin filem video tersebut.

Semasa ditemui di pelancaran video tersebut, Encik Sujimy Mohamad, 49 tahun, dari ScreenBox Pte Ltd, yang menghasilkan sebuah video blog atau vlog selama tujuh minit itu berkata penggunaan watak sebenar yang pernah terjebak dalam kancah dadah dan bagaimana asatizah serta masjid memainkan peranan dalam membentuk bekas pesalah itu ditekankan beliau dalam video karyanya.

"Apa yang diketengahkan ialah kerjasama yang dipaparkan sebuah masjid setempat untuk menyediakan ruang bagi bekas penyalah guna dadah dan bekas banduan lain.

"Sekiranya gabungan sedemikian terus ditekan dan diterap dalam jiwa mereka, sudah pasti ia dapat mengalihkan tumpuan golongan tersebut kepada jalan yang lebih baik demi masa depan yang lebih cerah," katanya.

Seorang lagi pembikin filem, Cik Dze Adilah Abdul Rahman, 42 tahun, dari Cre@dz, yang mengetengahkan liku-iku kehidupan bekas pesalah dadah - sebelum dan selepas meringkuk di penjara - jelas dipaparkan dalam video beliau.

"Peranan pasangan bekas pesalah yang dipapar dalam video ini begitu penting dalam membantu beliau mengharungi cabaran yang dihadapi semasa kembali ke pangkuan masyarakat.

"Malah, video ini sendiri dihasilkan saya sekeluarga, dan sokongan yang kami beri antara satu sama lain begitu ketara - menjelaskan bahawa bukan sahaja bekas penyalah guna dadah, malah masyarakat sendiri memerlukan sokongan keluarga dalam meniti kehidupan ini," ujar ibu tiga anak itu lagi.

Encik Sanif Olek, 48 tahun dari ReelJuice, pula beliau menekankan tiga perkara utama dalam videonya - kemungkinan bekas penyalah guna dadah kembali ke kancah dadah, perlunya masyarakat menghapuskan stigma serta sikap positif pasti dalam membantu golongan sedemikian kembali ke jalan yang sempurna.

"Ketiga-tiganya ada kaitan antara satu sama lain. Justeru, saya tekankannya dalam video tersebut agar masyarakat dapat lihat apa yang boleh dilakukan untuk sama-sama atasi masalah ini," katanya.

Sementara itu, Encik Shaiful Reezal Tajri, 30 tahun dari Echo Entertainments, yang menghasilkan videonya bersama abangnya Encik Shahreen Tajri, 34 tahun, berkata penghasilan video itu mengambil pendekatan menggunakan khutbah Jumaat yang pernah menekankan tentang penyalahgunaan dadah.

"Kita tahu akan golongan sedemikian dan bagaimana tindakan mereka itu menjejas bukan sahaja diri mereka, tapi juga anggota keluarga mereka.

"Dan penting juga masyarakat sama-sama mainkan peranan membantu golongan tersebut - yang keluar masuk penjara kerana salah guna dadah - keluar daripada lingkaran mereka itu," katanya.

Video tersebut boleh ditonton orang ramai menerusi Facebook DIH dan YouTube serta media sosial Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam usaha meningkatkan kesedaran antidadah dalam kalangan masyarakat Muslim.

Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan) Amrin Amin menjadi tetamu terhormat majlis pelancaran itu.

"Kempen video DIH ini merupakan usaha berterusan bagi mendekati segmen masyarakat Melayu/Islam dengan lebih terperinci lagi. Penggunaan video dan media sosial akan memberangsangkan lagi penyebaran mesej DIH terutama sekali kepada golongan muda.

"Ia juga berharap untuk menerapkan naratif kehidupan sihat yang menjauhi kemudaratan," kata Encik Amrin.


"Kita tahu akan golongan sedemikian dan bagaimana tindakan mereka itu menjejas bukan sahaja diri mereka, tapi juga anggota keluarga mereka.
Dan penting juga masyarakat sama-sama mainkan peranan membantu golongan tersebut - yang keluar masuk penjara kerana salah guna dadah - keluar daripada lingkaran mereka itu."

- Encik Shaiful Reezal Tajri, dari Echo Entertainments.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3