BELIAU mungkin baru setahun jagung dalam bidang seni. Namun, itu bukan satu penghalang bagi penyanyi muda Malaysia NYK bercita-cita tinggi dalam kerjayanya.
Pada usia semuda 24 tahun, penyanyi berbangsa Cina ini yang nama sebenarnya ialah Nicholas Ng Yong Kit, sudah memiliki visi sendiri agar muzik Asia mendapat tempat di persada antarabangsa.