BUAL LEGENDA
Wan Hanafi selesa di SG, bagai rumah kedua
Feb 03, 2020 | 05:30 AM
MELIHAT wajah bengis dan rambut panjang putih mencecah bahu pelakon veteran asal Terengganu, Wan Hanafi Su, ramai mungkin gementar mendekatinya, apa lagi bersembang
Namun, bak pepatah Inggeris 'Don't judge a book by its cover' yang membawa maksud 'Usah menilai seseorang daripada penampilan dirinya', ternyata beliau mudah mesra dengan sesiapa sahaja lantas memecahkan tembok ketidakselesaan yang hanya bermain-main di minda.