FILEM 'APPRENTICE' KELUARAN SINGAPURA
Wan Hanafi Su korban rambut demi Apprentice
Jun 21, 2016 | 05:30 AM
PELAKON tersohor Malaysia, Wan Hanafi Su, yang dikenali kerana rambut panjangnya, sanggup menggunting rambut yang mencecah ke paras bahu itu demi filem Apprentice.
"Saya simpan rambut panjang sebab banyak pengarah Malaysia bilang saya, tak perlu gunting rambut. Sebelum saya melalui penggambaran Apprentice, saya diberitahu saya tidak perlu gunting rambut.