Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Wanita berkerjaya, berpendidikan juga jadi mangsa dera

Dec 23, 2018 | 05:30 AM



Kisah-kisah keganasan yang dialami wanita, kanak-kanak dan juga warga tua dipaparkan dalam buku terbaru Pusat Menggalak Langkah Alternatif terhadap Keganasan (Pave). Kisah-kisah ini diharap dapat dijadikan inspirasi serta memberi harapan kepada mereka yang mungkin mengalami pengalaman serupa bahawa ada bantuan yang disediakan jika mereka terjerumus dalam keadaan sedemikian. Laporan oleh SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg)



WANITA berkerjaya dan berpendidikan tinggi tidak terkecuali daripada didera dengan kebanyakan didera dengan kata-kata cercaan.



Mangsa yang memiliki pendidikan universiti ialah 16.8 peratus bagi tahun 2017 berbanding dengan 16 peratus pada tahun sebelumnya.



Pada 2015, jumlahnya lebih tinggi, pada 17.7 peratus.



Demikian menurut perangkaan yang dikongsi Pave, mengikut jumlah kes yang dikendalikan pusat tersebut.



Namun dari segi mangsa yang memiliki sijil diploma dan kelayakan profesional, jumlahnya merosot daripada 11.7 peratus bagi tahun 2017 kepada 15.2 peratus.



Jumlahnya ialah 13.1 peratus pada 2015.



Menurut Pekerja Sosial Utama di Pave, Cik Adisti Jailani secara keseluruhan kes yang dikendalikan pusat itu, sekitar 30 peratus kes merupakan mangsa yang mempunyai sekurang-kurangnya sijil diploma atau kelayakan profesional.



"Sering kali kita berpendapat mereka yang memiliki kerja profesional dan berpendidikan tinggi, terlindung dari penderaan kerana mereka lebih berkemampuan dan mudah keluar dari lingkaran penderaan.



"Tetapi hakikatnya adalah lebih sukar untuk mereka.



"Ini kerana jika mereka melaporkan tentang penderaan yang berlaku, kerjaya mereka mungkin terjejas atau dipersoalkan," jelas Cik Adisti.



Yang lebih penting lagi, mereka enggan melaporkannya kerana malu.



Memberi contoh, Cik Adisti berkata pihaknya pernah mengendalikan kes di mana mangsa - seorang wanita - merupakan seorang yang berpangkat tinggi di dalam angkatan tentera, didera dengan kata-kata cercaan apabila di rumah.



"Bayangkan di tempat kerja, wanita ini disanjung tinggi, ekoran pangkatnya, dengan askar-askar lelaki lain menghormatinya dan memanggilnya dengan gelaran "Ma'am".



"Tetapi di rumah, harga dirinya hancur kerana suaminya sedikit pun tidak menghormatinya dan sebaliknya melemparkan kata-kata cercaan terhadapnya," kongsi Cik Adisti.



Selain itu, ada juga wanita yang memegang jawatan tinggi seperti doktor dan akauntan, yang turut menjadi mangsa penderaan.



Mengongsi satu lagi kes, Cik Adisti berkata ada seorang wanita yang bekerja sebagai akauntan dan meraih pendapatan yang tinggi, malah lebih tinggi daripada suaminya.



Suaminya, seorang warga asing, sering mengutuknya, dan ada kalanya sehingga membabitkan anak-anak mereka untuk mengutuk ibu mereka sendiri.



"Oleh kerana sering dikutuk, wanita mula menganggap dirinya kurang berkebolehan dan seakan mempercayai kutukan suaminya yang selalu merendahkan serta meremehkan keupayaannya," ujarnya.




"Sering kali kita berpendapat mereka yang memiliki kerja profesional dan berpendidikan tinggi, terlindung dari penderaan kerana mereka lebih berkemampuan dan mudah keluar dari lingkaran penderaan. Tetapi hakikatnya adalah lebih sukar untuk mereka. Ini kerana jika mereka melaporkan tentang penderaan yang berlaku, kerjaya mereka mungkin terjejas atau dipersoalkan."
- Cik Adisti Jailani, Pekerja Sosial Utama di Pave.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >