Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ibu moden tidak kekok papar pembesaran anak di media sosial

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

WANITA

Ibu moden tidak kekok papar pembesaran anak di media sosial

Feb 28, 2018 | 05:30 AM



BUKAN mudah untuk membesarkan anak dengan diperhatikan khalayak ramai.



Ini lebih-lebih dengan kehadiran dunia media sosial yang membolehkan ramai mengikut dan menjejaki perkembangan mereka dan anak-anak hanya dengan klik di hujung jari.



Tetapi bagi beberapa selebriti ibu muda tempatan, mereka menganggap perkongsian secebis kisah hidup mereka sebagai sesuatu yang biasa.



Antaranya pelakon Norhafizah Nizammuddin atau Fizah Nizam, 32 tahun tidak merasakan dirinya tertekan segala gerak-gerinya diketahui masyarakat umum.



"Sejujurnya, saya seorang ibu biasa sahaja kerana saya mengalami perjuangan serupa dengan ibu-ibu lain.



"Saya percaya bahawa kebanyakan, jika tidak semua ibu, ingin berusaha menjadi yang terbaik buat anak mereka," kata isteri kepada penerbit Helmindra Halim semasa dihubungi baru-baru ini.



Dengan jumlah pengikut menceccah hampir 36,000 di Instagram, ternyata ramai ingin mengikuti perkembangan Fizah sekeluarga.



Beliau akur terharu dan berterima kasih akan perhatian hebat yang mula meningkat secara pesat sejak kehadiran kededua anak beliau, Sahara, dua tahun dan Shibli Helmindra, satu tahun.



"Ada kalanya, saya dapati bahawa anak-anak saya menarik lebih perhatian dibandingkan saya!" ujar beliau sambil tertawa.



Menurut Fizah, tujuan beliau mempamerkan kehidupannya di ruang media sosial adalah untuk memberi inspirasi kepada ibu bapa tentang cara-cara membentuk hubungan berkualiti dengan anak mereka walaupun sibuk bekerja.



Apabila ditanya cara-cara bagaimana beliau mengatasi isu yang diketengahkan, Fizah berkata beliau dan suami harus membuat pengorbanan dengan menentukan perkara yang mesti diutamakan.



"Saya perlu berada secara fizikal dengan anak-anak saya, lagi-lagi kerana kami tiada pembantu rumah, semasa merangka skrip atau menyumbang idea buat sesebuah video," katanya.



Bekerja dari rumah juga mengakibatkan perbezaan antara masa bekerja dan masa menjadi ibu menjadi kabur.



"Rumah kami juga pejabat kami, dan itu mungkin menjejas pengurusan masa saya.



"Namun, saya akan tetap mengutamakan anak-anak walaupun ada masanya saya benar-benar tidak boleh membawa mereka semasa bekerja.



"Jika itu berlaku, saya selalu memastikan saya tinggalkan mereka dengan ahli keluarga yang boleh dipercayai, seperti kakak ipar saya, supaya persekitaran mereka masih menghiburkan dan memupuk kebaikan," terangnya.



Kadangkala, tekanan yang dialami menyelubungi pemikiran dan terlalu sukar dikawal.



Dalam situasi begitu, Cik Fizah nasihati untuk berkongsi tekanan tersebut dengan bertanya dan mendapat jawapan atau cadangan daripada keluarga dan kawan.



"Saya tidak mempunyai segala kemahiran untuk mengatasi setiap cabaran yang berlaku, jadi sikap tidak takut bertanya itu adalah penting.



"Jika tidak, seorang ibu akan tercenderung menjadi pengkritik yang keras terhadap diri sendiri kerana sering melihat kesilapan sahaja," katanya.



Sementara itu, bagi pelakon Izyan Mellyna Ishak, 30 tahun pula walaupun gambar-gambar Instagram yang mempamerkan detik hidup beliau diperhatikan oleh lebih daripada 19,000 orang, kehidupan Izyan, secara keseluruhan tidak banyak berubah.



"Saya memang seorang yang amat peribadi dan memastikan kebanyakan aspek-aspek hidup saya disimpan daripada perhatian orang ramai walaupun media sosial terus berkembang," kata pelakon dan usahawan itu.



Izyan dapat mengawal masa antara membesarkan kedua anak kecilnya serta perniagaan perhiasan bunga dan pakaian kerana beliau tidak membiarkan perhatian khalayak ramai menjejas tingkah laku dirinya.



"Sifat kerjaya saya secara semulajadi menjemput perhatian orang dan tidak boleh dielakkan, malah saya amat berterima kasih atas sokongan mereka.



"Namun, saya juga memesan diri sendiri bahawa penggunaan media sosial itu tidak diwajibkan dan saya berkuasa mengambil keputusan untuk siarkan atau simpan bahan-bahan hidup saya," katanya.



Apabila berada di tempat awam, ada yang ingin bergambar dengan beliau dan anak-anak.



Katanya sambil tertawa: "Versi kami sekeluarga di rumah sama sahaja dengan versi di luar!"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >