Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Wanita pakai tudung perlu jaga rambut?

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Wanita pakai tudung perlu jaga rambut?

Dec 11, 2019 | 09:32 AM



RAMBUT merupakan mahkota seseorang. Tetapi ia tidak bermakna sekiranya anda bertudung, anda melupakan tentang pentingnya menjaga dan merawat rambut.



Meski bertudung, penting untuk memastikan kulit kepala sihat dan rambut tidak mengalami keguguran.



Justeru apabila diberi peluang untuk menjalani rawatan rambut di syarikat konsultan rambut, Beijing 101, saya tidak sabar untuk mencubanya.



Saya telah ke cawangan syarikat itu di pusat beli-belah Funan Mall, cawangan pertama yang telah menjalani ubah suai dengan sentuhan baru.



Nama Beijing 101 itu sebenarnya bermaksud pengasasnya yang berasal dari Cina telah mencuba sehingga 101 kali sebelum mendapat formula yang benar-benar berkesan untuk merawat masalah rambut.



Ia juga memanfaatkan prinsip perubatan tradisional Cina (TCM) dengan menggunakan herba Cina gred premium seperti ginseng, dang gui (yang dapat membantu folikel rambut meresap nutrien dengan lebih baik) serta he shou wu (yang dapat memerangi rambut uban).



Syarikat ini yang telah ditubuhkan sejak 1974, telah membantu ramai pelanggan daripada lebih 60 negara menangani masalah rambut mereka seperti kulit kepala berminyak, keguguran rambut, rambut kering dan rosak serta rambut berubah



Seorang konsultan rambut bernama Cik Grace yang berpakaian serba hijau dan kelihatan profesional bak pramugari, telah menjemput saya masuk ke sebuah bilik kecil.



Sebelum memulakan rawatan, kulit kepala saya dianalisa dahulu untuk mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin saya alami.



Menggunakan alat imbasan kulit kepala, ia dapat melihat folikel rambut dan keadaan kulit kepala, 200 kali lebih besar.



Melalui imbasan kulit kepala itu, saya diberitahu kulit kepala saya agak berminyak (ekoran makanan berminyak yang saya makan!) dan juga akar rambut saya tidak begitu kuat memandangkan hanya sehelai rambut sahaja yang tumbuh daripada setiap akar. 



Kalau rambut yang sihat, tiga helai akan tumbuh pada setiap akar.



Kemudian, saya ditanya tentang gaya hidup, pemakanan seharian dan berapa lama saya tidur setiap hari.



Ternyata semua ini ada kaitan dengan kesihatan kulit kepala dan rambut kita.



Saya juga memberitahu konsultan rambut itu tentang masalah keguguran rambut yang saya alami terutama selepas melahirkan.



Rupanya ini memang sesuatu yang kerap berlaku, dalam kalangan ibu setelah melahirkan anak.



Bagi mereka yang agak sukar memberitahu masalah rambut mereka dalam bahasa Inggeris, jangan khuatir! Di sini, ada konsultannya, seperti Cik Grace, yang fasih berbahasa Melayu! 



Selepas mengenal pasti masalah kulit rambut saya, barulah saya melalui rawatan - Signature Scalp Care Treatment - atau rawatan penjagaan kulit kepala khusus.



Untuk menjalani rawatan itu, saya dibawa ke sebuah lagi bilik khas untuk kaum Muslimah.



Saya agak gembira adanya bilik sedemikian untuk memberikan privasi selain memenuhi keperluan wanita berhijab yang mendapatkan rawatan di sini.



Bilik itu terpisah daripada tempat yang lain dan ada pintu agar tidak mudah untuk sesiapa memasukinya.



Tidak seperti di salon rambut, dimana setiap pelanggan dapat melihat rambut pelanggan di sebelah, di Beijing 101, setiap pelanggan akan diberikan kubikel agar privasi mereka terpelihara.



Dalam setiap kubikel, ia lengkap dengan kemudahan seperti soket untuk mereka yang ingin mengecas telefon bimbit, kata laluan untuk menggunakan wifi secara percuma dan juga disajikan dengan teh herba.



Cik Grace kemudian memulakan rawatan dengan menggunakan masker rambut. Prosedur ini dipanggil ‘Deep Cleansing Scalp Mask’.



Alat steamer turut digunakan untuk membuka pori-pori pada kulit kepala agar nutrien mudah diserap.



Masker itu kemudian dibiarkan selama 20 minit sebelum ia dicuci sepenuhnya. 



Selepas itu saya diberikan rawatan urut kepala. Saya rasa inilah yang masa paling seronok sekali!

Saya memilih untuk mendapatkan urut kepala yang dapat melegakan tekanan. 



Dengan memberikan tumpuan terhadap titik-titik penting di bahagian kepala, Cik Grace akan mengurut kepala dengan menggunakan tonik rambut yang mengandungi bahan-bahan herba Cina berkualiti tinggi.



Misalnya bahan ginseng dalam tonik rambut, membantu memperbaiki peraliran darah dan mengembalikan sinar rambut.



Selepas itu, barulah kulit kepala diperiksa sekali lagi menggunakan alat imbasan kulit kepala untuk melihat sekiranya ada perbezaan.



Dapat kelihatan, ruang berminyak yang terdapat di sekeliling folikel rambut saya sudah mula berkurangan dan agak menakjubkan juga ia dapat berkurangan dengan hanya satu rawatan.



Sebagai promosi, anda juga boleh mengikuti Signature Scalp Care Treatment dengan harga hanya $40. Harga biasa ialah $464.



Selain itu, anda juga akan menerima kit penjagaan rambut dan sepasang tiket wayang percuma!



Untuk menikmati promosi ini, anda hanya perlu SMS < BH1 >< Nama > kepada 9-6868-101.



Mesti puas hati!

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >