Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Kian ramai wanita mahu jaya dalam kewangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wanita
40
0

Kian ramai wanita mahu jaya dalam kewangan

Nov 25, 2014 | 03:32 PM



KIAN ramainya wanita yang tampil mempelajari selok-belok perniagaan memperlihatkan keinginan mereka mahu menjadi lebih berjaya dari segi kewangan.


Berlalu sudah detik apabila wanita sekadar reda dengan tahap kewangan yang ada atau bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami, terutama jika mereka suri rumah atau bergaji rendah.


Satu bukti perubahan sikap ini terlihat pada sambutan hangat kaum wanita sejak kebelakangan ini terhadap program peningkatan diri yang merangkumi bimbingan perniagaan dalam talian seperti yang dilihat usahawan dan pakar motivasi, Cik Suria Mohd.


Perintis dalam program bimbingan seperti itu, beliau berkata dua program yang dianjurkannya baru-baru ini telah menarik sekitar 400 peserta – 70 peratus wanita – berbanding 40 sahaja apabila ia baru dimulakan.


“Ini merupakan satu peningkatan 10 kali ganda. Sambutan ini menunjukkan dorongan untuk berjaya dari segi kewangan amat kuat dalam diri wanita hari ini. Sebabnya, mereka lebih tahu akan keperluan perbelanjaan di rumah, biaya untuk keluarga dan anak, berbanding suami.


“Bagi mereka, meraih pendapatan tambahan $200 hingga $500 sebulan pun jadilah jika misalnya, suami mereka kurang mampu atau mereka sendiri tidak bekerja atau sudah dibuang kerja,” terang Cik Suria.


Mengenai berniaga dalam talian yang menjadi trend bisnes pada hari ini, Cik Suria berkata apa yang penting ialah peniaga mewujudkan jenama sendiri, tetapi bukan jenama yang besar seperti McDonald’s, tetapi setakat yang dapat dikenali kawan-kawan mereka.


“Yang penting, orang kenal kita. Kalau orang tak kenal, macam mana mereka nak beli?” kata Cik Suria.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >